JANGAN UNDI BN JIKA TIDAK MAHU GST DIPERKENALKAN

Tindakan kerajaan untuk tidak meneruskan bacaan kedua pembentangan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila Parlimen bersidang hari ini dengan alasan memerlukan lebih banyak masa, membuktikan kegusaran kerajaan Barisan Nasional melaksanakan dasar yang mungkin menimbulkan kemarahan rakyat.

Menurut beberapa penganalis politik berdasarkan perkembangan itu, besar kemungkinan GST tidak akan diperkenalkan sehingga selepas pilihan raya umum ketiga belas nanti.

Bagi saya mudah sahaja untuk kita menghalang supaya GST ini tidak akan dilaksanakan selama-lamanya iaitu JANGAN UNDI BN PADA PILIHANRAYA UMUM KE 13 NANTI.

Jika rakyat terus mengundi dan memilih BN dan BN menjadi kerajaan pusat selepas PRU 13 saya yakin GST ini kemungkinan besar akan digunapakai sebagaimana kehendak BN sebelum ini.

Rakyat mesti bijak membuat penilaian dan pemilihan. Ini kerana saya yakin PR tidak akan menguatkuasakan GST ini jika mereka diangkat menjadi kerajaan pusat. Ini terbukti apabila banyak program dan projek yang dijalankan oleh kerajaan negeri-negeri PR sekarang lebih mengutamakan kebajikan rakyat.

Kepada rakyat saya harapkan mereka boleh berfikir dengan waras pada PRU 13 nanti. Mahu susah atau sebaliknya.


Comments