PEMANDU BOT MELAKA RIVER CRUISE DIAM MEMBISU

"Saya lihat pada masa ini pemandu yang mengendalikan bot Melaka River Cruise hanya memandu bot dan tidak bercerita bagi menerangkan kepada pelancong tentang bangunan dan keunikan flora serta fauna yang terdapat di sepanjang Sungai Melaka.

"Pihak pengurusan serta kerajaan negeri harus mengenal pasti kaedah dan cara yang sesuai untuk meningkatkan perkhidmatan Melaka River Cruise agar ia lebih diminati pelancong pada masa depan," kata Menteri Pelancongan, Ng Yen Yen

Menurutnya, antara kemudahan baru yang dicadangkan termasuk menyediakan pemandu bot yang mahir menguasai pelbagai bahasa bagi memberi taklimat kepada pengunjung sepanjang menyusuri sungai itu.

Beliau berkata demikian selepas meluangkan masa selama hampir dua jam menaiki bot Melaka River Cruise menyusuri Sungai Melaka malam tadi.

Melaka River Cruise yang dimiliki Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka menyediakan 40 bot untuk perkhidmatan menyusuri Sungai Melaka sejauh 4.5 kilometer dari Taman Rempah ke muara sungai.

Pada masa ini, kira-kira 60,000 orang menaiki Melaka River Cruise dalam tempoh sebulan.

Comments

insan said…
awk amik yg murah punyo kot..yg mahal ada penerangan