ZAHRAIN JADI PELURU BERPANDU BARU

Seperti yang kita sedia maklum setiap kali pemimpin atau ahli PR melompat menyertai BN atau keluar parti sudah tentu 'mamat' atau 'minah' itu akan digunakan sebagai peluru berpandu untuk menghentam PR. Macam-macam cerita dikeluarkan oleh kaki lompat tersebut untuk memburuk-burukkan PR. Itu memang kerja mereka.
Lihat sahaja apa dilakukan oleh Ezam, Zahid Mat Arip, Lokman Nor Adam, Ruslam Kassim dan lain-lain. Mereka digunakan sepuas-puasnya untuk menghentam PKR sewaktu mereka keluar parti. Kini mereka senyap sepi tidak diperlukan lagi bagaikan habis madu sepah dibuang.
Inilah yang berlaku kepada Zahrain, Zulkifli Nordin dan lain-lain yang sekarang ini seolah-olah menjadi ayam tambatan Umno/BN. Macam-macam cerita mereka lemparkan kepada PR. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menyifatkan mereka ini sebagai tentera upahan. Memang layak gelaran itu untuk mereka.
Saya yakin rakyat sebenarnya sudah faham dan muak dengan tindakan Umno/BN ini. Apa yang dilaporkan oleh Utusan Meloya dan Berita Hairan itu sudah tentu hanya tinggal tulisan sahaja kerana rakyat sudah faham dan mengerti bahawa semuanya omongan kosong. Hanya golongan tertentu sahaja yang percaya sepenuhnya. Majoriti rakyat sudah tidak mempercayainya lagi. Para pembeli nombor ekor pun hanya percaya keputusan nombor ekor sahaja berita-berita lain mereka sudah tidak percaya.

Comments