Sahabat saya, Haji Ali Sharif cukup yakin PAS akan menang di peti-peti undi kaum India kerana hampir 90 % pengundi India yang ditemui beliau di sekitar estet di Bagan Pinang berjanji akan mengundi PAS.
"Haji jangan bimbang, kita oowrang undi sama PAS, kita suma tahu BN pandai cakap, janji sahaja, tarak bikin punya".
"Itu Samy (Vellu) tarak guna punya ooowrang apa dia bikin sama orang India, dia sudah kaya, kita ooowrang suma miskin" kata salah seorang penduduk Ladang Atherton.
Ali juga menceritakan bagaimana beliau dimaki hamun oleh sepasang penduduk kaum India kerana disangka sebagai petugas BN.
"Dia maki dalam Bahasa Tamil, apa yang saya faham, dia sebut BN banyak kali, setelah kami menunjukkan kami dari PAS, mereka ajak kami masuk rumah dan pelawa minum air" ujar Ali.
Ini adalah beberapa fenomena yang cukup memberangsangkan yang dapat kita lihat di Bagan Pinang. Tidak syak lagi jika tiada undi pos ataupun undi pos dapat dijalankan secara adil BN akan tersungkur sekali lagi.
Comments