BAGAN PINANG : MAT HASSAN MESTI JAWAB 5 ISU

Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan mesti menjawab 5 isu dibawah ini jika benar-benar beliau telus. Jika beliau gagal menjawabnya maka rakyat Bagan Pinang wajib menghukum BN pada 11 Oktober ini.

Antara isunya ialah :-

1) Tuduhan bahawa kerajaan Negeri Sembilan adalah kerajaan adik-beradik Mat Hassan kerana didakwa adik beradiknya mempunyai pengaruh besar dalam menentukan sesuatu keputusan yang dibuat oleh Mat Hassan. Selain itu ada pihak juga mendakwa bahawa syarikat Bumi Highway dan Selia Selenggara banyak mendapat projek di Negeri Sembilan kerana kedua-dua syarikat tersebut mempunyai kaitan dengan keluarga Mat Hassan

2) Isu pengswastaan air di mana Mat Hassan menjanjikan keuntungan air diberikan kepada rakyat. Beliau juga mesti menjelaskan konsesi pengswastaan dan jadual kenaikan kadar tariff air yang dijanjikan kepada syarikat pengendali air dan siapa pemilik sebenar syarikat tersebut.

3) Mat Hassan mesti menjawab dakwaan bahawa beliau campurtangan siasatan SPRM terhadap 5 ADUN BN yang dituduh rasuah. Dengan campurtangan itu pihak terbabit mendakwa kerajaan BN Negeri Sembilan berjaya diselamatkan dari jatuh ke tangan PR. Kerajaan BN Negeri Sembilan hanya mempunyai majoriti 5 kerusi sahaja. Terdapat bukti yang kukuh bahawa 5 ADUN tersebut terbabit dengan rasuah.

4) Mat Hassan sehingga kini gagal menunaikan janji Pilihanraya Umum Mac 2008 lalu di mana antara janji beliau ialah membina Hospital Daerah Rembau, pembinaan Masjid Pedas, Tuisyen percuma kepada penduduk setempat dan projek lapangan terbang ringan Rembau.

5) Pembaziran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang melampau dengan membazirkan wang rakyat sedangkan anak-anak syarikat kerajaan negeri banyak yang tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Sumber : Suara Keadilan. Surat Terbuka Cikgu Bard yang diserahkan kepada Mohamad Hassan pada 16 September 2009 lalu.

Comments