UNDI POS : BN SEPATUTNYA DAPAT HANYA 1,00O UNDI

Pendedahan PAS beberapa hari lalu bahawa hanya sekitar 1,200 pengundi pos sahaja yang masih tinggal di kem tentera di Bagan Pinang seharusnya menyedarkan SPR supaya bertindak segera menyelesaikan isu ini.

Kira-kira 3,000 pengundi pos yang masih ada dalam senarai daftar pemilih majoritinya sudahpun pencen. Maka mereka tidak layak lagi untuk menjadi pengundi pos. Maka menjadi tugas SPR untuk memastikan tiada penyelewengan maksudnya hanya pengundi pos yang tinggal di kem sahaja wajar mengundi secara pos. Manakala pengundi yang sudah menjadi orang awam (pencen) mesti diberikan peluang untuk mengundi di peti-peti undi biasa sebagai pengundi biasa.
Dari statistik ini iaitu hanya 1,200 pengundi pos sahaja yang layak mengundi kali ini, saya yakin PAS akan menang kerana kemenangan BN pada Pilihanraya Umum lalu adalah kerana jumlah undi pos yang besar yang diperolehi mereka. BN mendapat kira-kira 3,000 undi manakala PAS hanya mendapat 1,000 undi sahaja.

Tidak syak dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat PAS, BN sedang mengatur strategi licik penuh dengan tipu helah untuk menewaskan PAS melalui undi pos. Itu sebabnya ada pihak mendakwa pihak-pihak tertentu sedang mengatur beberapa strategi bagi memastikan pengundi pos yang dikenalpasti mengundi PAS dinafikan hak mereka kali ini.

SPR mesti menyiasat dan mengambil langkah segera bagi mengatasi semua masalah berkaitan undi pos ini.

Andaikata SPR tidak mampu malah mungkin tidak mahu melakukan penambahbaikan untuk masalah ini, saya menggesa Pengerusi SPR supaya meletakkan jawatan dan bertanding pilihanraya atas tiket BN pada pilihanraya umum akan datang atau mana-mana pilihanraya kecil yang mungkin berlaku selepas ini.

Tugas SPR ialah memastikan perjalanan pilihanraya adalah lancar dengan tiada keraguan pada daftar pemilih, proses pengundian berlaku dengan telus dan professional. Jika proses pengundian pos ini tidak dapat dipastikan ketelusan dan integritinya maka SPR wajar dibubarkan dan digantikan dengan badan lain.

Comments