1,275 PENGUNDI POS MENGUNDI SEMALAM

Sehingga semalam seramai 1,275 daripada kira-kira 2,000 pengundi tentera yang tinggal di dalam kem telah keluar mengundi manakala pengundi pos di kalangan anggota polis, seramai 27 daripada 31 pengundi berdaftar sudah mengundi pada hari pertama.

Terdapat sejumlah 4,604 pengundi pos di kawasan DUN Bagan Pinang. Daripada jumlah itu 4,571 terdiri daripada anggota tentera, 31 anggota polis manakala dua pengundi pos dikategorikan sebagai pemilik tak hadir kerana bertugas di luar negara.

Hari ini proses pengundian pos diteruskan lagi. Sehingga kini saya tidak dapat mengetahui jumlah pengundi pos yang telah membuang undi.

Kita mengharapkan SPR berlaku adil dalam proses pengundian ini iaitu tidak membenarkan sesiapa membuang undi atau memangkah bagi pihak pengundi yang tidak hadir.

Namun PAS mesti berwaspada dan meneliti serta memantau perjalanan pengundian secara pos ini. Kita bimbang tipu muslihat pihak terbabit akan menyebabkan PAS tersungkur awal-awal lagi.

Comments