PAS TIDAK PERNAH GADAIKAN PRINSIP

PAS tidak pernah menggadaikan prinsip perjuangannya iaitu menjadi Al Qur'an, Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai sumber rujukan, menegakkan Islam di negara kita dan Allahu Akhabar sebagai seruan PAS.
Matlamat menegakkan negara Islam adalah termaktub di dalam matlamat menegakkan Islam dan matlamat ini tidak pernah dipadamkan dari perlembagaan PAS.
Jadi dakwaan calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad yang menuduh PAS bersikap hipokrit kerana didakwanya sanggup mengorbankan prinsipnya adalah bohong dan tidak benar.

Isa berkata matlamat PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam sewaktu pilihan raya umum 1999 tetapi menggugurkannya tahun lalu kerana mahu menubuhkan pakatan dengan DAP. Dakwaan ini juga tidak benar.
PAS sendiri tidak pernah mempersoalkan matlamat perjuangan Parti KeADILan Rakyat dan DAP begitu juga sebaliknya kedua-dua parti itu menghormati perjuangan PAS. Paling penting jika ada perbezaan pendapat dan perselisihan semua parti dalam Pakatan Rakyat akan berbincang dan menyelesaikannya secara muafakat.
Matlamat menegakkan Islam yang adil, saksama dan sesuai untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama sentiasa diterangkan oleh PAS dan ini diterima baik oleh rakyat bukan Islam. Jadi tidak timbul isu PAS menggugurkan perjuangan menegakkan negara Islam kerana PAS berjuang untuk matlamat yang lebih besar iaitu menegakkan Islam secara syumul, menegakkan keadilan dan mencegah kemungkaran serta kebatilan.

Comments