Impak dari Pilihanraya Kecil Bagan Pinang ini sudah tentu meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat negara kita. Ini kerana rasuah akan dilihat sebagai perkara mulia kerana pesalah rasuah tetap didewakan sehingga diangkat menjadi calon wakil rakyat.
Tidak salah melakukan rasuah, lepas lakukan rasuah, jalani hukuman ringan dan lepas itu boleh jadi wakil rakyat. Tiada masalah.
Rakyat akan melihat bahawa rasuah adalah perkara biasa dan dibolehkan malah mungkin ia dilihat sebagai tindakan yang mulia.
Andaikata BN menang impaknya lebih besar kerana terbukti pengundi yang mengundi BN rela dan redha untuk bersekongkol dengan perasuah.
Sepatutnya perasuah diletakkan sebaris dengan penyamun, perompak, pencuri, pencopet dan sebagainya. Tetapi tidak di Malaysia.
Sebaliknya orang yang tidak melakukan rasuah dihina, dikeji dan dicaci dengan pelbagai tuduhan sebagai tidak mampu, bukan anak tempatan, tiada apa yang boleh dibuat dan sebagainya.
Rakyat harus menilai semua ini dan segera menolak parti rasuah dan calon rasuah.
Comments