BAGAN PINANG : PAS MENANG BESAR UNDI PENGUNDI BIASA

PAS dijangka tidak mempunyai masalah untuk menang pengundi biasa iaitu bukan pengundi pos. Ini kerana dari tinjauan di hujung kempen ( tinggal 2 hari lagi sebelum mengundi), diramalkan pengundi India dan Tionghua akan tetap mengundi calon Pakatan Rakyat. Dianggarkan 80 % pengundi bukan Melayu akan memberikan sokongan kepada PAS dan 40 % pengundi Melayu akan berbuat demikian.
Malam tadi pengundi Tionghua sekali lagi membuktikan sokongan mereka apabila kira-kira 700 orang menghadiri majlis makan malam dan ceramah anjuran PR di Bagan Pinang walaupun mereka terpaksa membayar RM350 satu meja.
Sambutan ini menunjukkan bahawa mereka terus menyokong PR walaupun media mendakwa sebaliknya.
Ramalan pemerhati menjangkakan bahawa PAS akan mendapat majoriti lebih dari 1000 undi untuk pengundi biasa. Ini kerana perkembangan terkini menunjukkan pengundi semakin menerima PR dengan isu dan beberapa insiden yang berlaku sehari dua ini.
Jadi jika BN menang kali ini, BN tidak boleh mendabik dada kerana hakikatnya BN hanya menang kerana undi pos yang diketahui umum senantiasa di menangi BN dengan majoriti besar.
Wakil Rakyat BN jika menang nanti bolehlah digelar Wakil Pos.

Comments

Tok Pambu said…
Kalau PAS memang satu undi pun sudah kira menang besar.

DUN Bagan Pinang berhalangan besar bagi PAS kerana terdapat 4000 undi pos yang akan memehak kepada UMNO.

Selain dari itu DUN Bagan Pinang juga kubu kuat UMNO selama ber kurun2.

Kita cuma berhara agar rakyat tersedar supaya tidak mengundi calun "RAJA RASUAH" - Isa Samad.