MASYARAKAT INDIA BAGAN PINANG TIDAK TERMAKAN PUJUKAN BN

Rata-rata pengundi berbangsa India di DUN Bagan Pinang tidak termakan dengan janji-janji BN, MIC, PPP, Makkal Sakhti dan T Murugiah.
Salah seorang pengundi Ladang Atherton yang tidak mahu namanya disiarkan memberitahu bahawa 80 % pengundi India Bagan Pinang akan mengundi calon PAS, Zulkefly Mohd Omar kerana sudah hilang terus keyakinan kepada BN bagi menyelesaikan masalah mereka.

"Kami masih sokong PR macam tahun lepas punya pilihanraya, jangan bimbang mungkin ada yang gantung poster BN tapi itu cari duit sahaja undi tetap PAS, jangan takut".
"Sini punya orang sudah banyak marah sama BN, cakap ada, janji ada, buat tak ada" kata beliau yang sudah tinggal di ladang tersebut puluhan tahun.
Rakan beliau, seorang anak muda, kelihatan sibuk memasang bendera PAS. Apabila didekati beliau berkata pemuda-pemuda India juga akan tetap menyokong PAS kali ini.
Dari pemerhatian petugas PAS, pengundi-pengundi di ladang tersebut masih komited bersama Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi selepas isu kepala lembu, kuil di Selangor, isu Kampung Buah Pala, politik dalam MIC dan lain-lain.

Comments