DIPENJARA KERANA LAHIRKAN ANAK LUAR NIKAH : TERBELAKAH WANITA?

Sabtu lalu saya berkesempatan bersembang dengan seorang Pegawai Penjara dalam program rumah terbuka seorang sahabat. Dalam kesempatan bersembang secara santai beliau menceritakan bagaimana seorang wanita muda dihukum penjara atas kesalahan melahirkan anak luar nikah.

Menurut beliau, wanita tersebut benar-benar teraniaya kerana beliau melahirkan anak luar nikah akibat dirogol oleh 6 orang lelaki. Saya bertanya mengapa wanita terbabit tidak membuat laporan Polis terhadap kejadian rogol tersebut. Pegawai tersebut memberitahu bahawa laporan telah dibuat tetapi perogol terbabit sehingga kini masih belum dihukum sedangkan mangsa rogol (wanita) terbabit pula yang menerima hukuman Mahkamah Syariah.

Persoalannya mengapa mangsa rogol itu dihukum sedangkan beliau dirogol bukannya berzina suka sama suka. Bukankah secara logiknya Mahkamah Syariah perlu menyiasat dengan lebih terperinci mengapa wanita terbabit mengandungkan anak yang tidak mempunyai bapa yang sah.
Harap sesiapa yang membaca posting ini yang arif tentang undang-undang syariah Malaysia dapat menjelaskan isu ini.

Comments

Anonymous said…
inilah akibatnya tak ambil islam tak melalui ahlibait rasullullah
Anonymous said…
Pakatan rakyat kalau memerintah pun perlu mengambil nasihat daripada ulamak yang ikut ahlibait rasullullah supaya tidak keliru dalam menjatuhkan hukum islam.