BAGAN PINANG : PAS BERADA DI DEPAN

Kalau beberapa hari lepas, pemerhati politik melihat BN selesa di hadapan hari ini tinjauan mereka menampakkan keputusan yang berlainan. Ini berdasarkan kepada beberapa perubahan mendadak yang berlaku di Bagan Pinang terutama kepada perkara-perkara di bawah :-

1) Perubahan besar pengundi India dan Cina yang sokongan mereka makin melonjak kepada PAS

2) Perubahan sikap pengundi melayu kepada PAS terutama pengundi muda

3) Undi pos yang tidak akan dapat digunakan sepenuhnya oleh BN untuk memenangkan mereka.

Dari tinjauan tersebut kedudukan terkini adalah seperti berikut :-

Andaian : Jumlah keluar mengundi = 10 799 undi ( 75 % pengundi bukan pos dan 87 % pengundi pos keluar mengundi). Pengundi lain-lain bangsa di kira sebagai melayu.

Pengundi Melayu (bukan pengundi pos) keluar mengundi = 3546 undi
Bukan Melayu keluar mengundi = 3249
Bilangan undi pos = 4000 undi

80 % pengundi Bukan Melayu menyokong PAS = 2599
43 % pengundi Melayu menyokong PAS = 1524
25 % undi pos = 1000 undi

Undi PAS = 5123 undi
Undi BN = 5110 undi
Majoriti PAS = 13 undi setakat ini.

Comments

joe penang said…
bg saya
Data teknikal camni jgn didedahkan. cukup dengan kata kita dpt 51%, BN 49%. Wallahu a'lam
Anonymous said…
Ini bukan data dalaman ini data tinjauan dan ramalan Pemerhati politik. Mereka hanya membuat congakan.

Parti politik PAS dan BN mempunyai data tersendiri. Yg itu tidak akan didedahkan kepada umum
ZIK said…
Lebih baik realistic untuk abaikan terus UNDI POS..ilangnya peratus undi pos yg kalah mesti dihantikan dengan penambahan peratusan sokongan peningkatan undi Melayu kepada PAS..Insyallah dengan cara jentera PR akan bekerja lebih kuat..dan lebih realistik..Optomistik bagi PR di Bagan Pinang amat bahaya sekali..contohnya mengharapkan undi POS akan kekal pada angka 1000 undi atau meningkat undi untuk PAS...ini bukan realistik..sebab semua tau putar belit undi POS!!Undi orang awam yg susah sikit..jadi majoritinya Melayu di Bagan Pinang..PAS mesti dan mesti dan wajib cecah peratus undi Melayu 45% keatas dan 49% pada malam hari sebelum mengundi!!Insyallah PAS akan menang tipis bawah 500 undi!!
ZIK said…
Tapi tidaklah bermakna PAS harus lupakan kempen terus dengan tentera..cuma jangan mengharap angkanya akan naik beribu..beratus mungkin dan realistik dengan keadaan seakarang ini!