AZEEZ 'DIPUKUL' NYAMUK BUKAN MANUSIA

Ketua Putera Umno, Abdul Azeez Abdul Rahman sebenarnya bukan dipukul manusia tetapi beliau dipukul nyamuk. Sebab itu tiada kesan bengkak, berdarah atau kotornya selepas dipukul. Siapa tidak kenal Azeez, semua orang kenal macam-macam cerita yang ditimbulkan beliau.
Jadi tidak usahlah Azeez hendak berbohong. Kalau kena pukul sila laporkan pada Polis biar orang yang didakwa memukulnya ditahan dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Semalam Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob mendakwa ketua Putera Umno hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang semalam.

Beliau mengulas dakwaan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dia telah dipukul oleh penyokong PAS.Salahudin berkata, Azeez telah datang menemuinya dan memberitahunya yang dia telah dipukul oleh sembilan pemuda PAS.Katanya, sekiranya benar Azeez dipukul oleh sembilan orang, sekurang-sekurang tentu ada tanda bengkak atau cedera.

Bagaimanapun, menurut Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Krian, dia tidak nampak apa-apa kesan pada Azeez.Malah, katanya, baju Azeez juga bersih dan tiada tanda kotor sebagai bukti berlaku pergelutan antaranya dengan mereka yang menyerangnya.Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Salahuddin menyifatkan dakwaan Azeez itu sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat.

Sumber : Malaysiakini

Comments

Rohaifi Azri said…
Huh! Siapa la yg berani sangat nak pukul Azeez Tyson. Lain la Hishamuddin, mungkin ada yg berani nak menyekehnye.

Azeez Tyson, hentikanla sandiwara. Nampak sangat nak cari publisiti murahan! Poyo!
Anonymous said…
betul la…dia kena pukul teruk gila….ada dekat 50 org pukul dia sorang….ada yang sorang tu cekik leher dia…Dato azeez jadi hero sebab nak selamatkan dato sabri…tak caya baca post ni… http://baganutama.blogspot.com/2009/10/memang-benar-ketua-putera-umno-dipukul.html