BAGAN PINANG : APA TUNGGU LAGI, INJUNKSI JAWAPAN TEPAT

Bagi saya PAS dan PR tidak perlu menunggu lagi untuk memohon injunksi mahkamah menangguhkan pilihanraya kecil Bagan Pinang Ahad ini kerana kecelaruan daftar pemilih yang jelas tidak bersih dan mengelirukan.
Terdapat beberapa kecelaruan yang jelas menghancurkan integriti daftar pemilih tersebut :-
1) Pertindihan nama pengundi sehingga ada yang nama mereka dicatatkan dua kali dalam daftar pemilih iaitu sebagai pengundi pos dan pengundi biasa.
2) Terdapat juga nama pengundi DUN Bagan Pinang yang juga dicatatkan sebagai pengundi di DUN selain dari Bagan Pinang. Jumlahnya kira-kira 200 pengundi.
Semua bukti di atas sudah cukup meyakinkan kita bahawa daftar pemilih tersebut bercelaru dan memberikan peluang kepada penipuan, penyelewengan dan sebagainya.
Pimpinan PR mesti membawa isu ini ke mahkamah supaya mahkamah dapat menghalang pilihanraya kecil dari berlangsung sehinggalah ianya dibersihkan.

Comments

Rohaifi Azri said…
semoga pimpinan PR dapat ambil tindakan tepat dan terbaik dalam menangani isu ini.

PILIHANRAYA BERSIH DAN TELUS masih belum terlaksana di bumi Malaysia ini. SPR jadi alat parti pemerintah.