SUDAH KAYA RAYA, TETAPI MASIH LAHAP CEROBOH TANAH RAKYAT.

Memang manusia yang gila harta dan kuasa tidak pernah puas dengan kekayaan yang mereka ada. Apa sahaja peluang yang terhidang di hadapan mereka, hendak disapu samada dengan cara penipuan atau menggunakan kuasa yang mereka ada.

Semalam, beberapa orang penduduk dua kampung di Lundu, Sarawak mendakwa 280 ekar tanah adat mereka menjadi mangsa pencerobohan sebuah “syarikat kroni”.

Perkara itu ditimbulkan oleh penduduk di Kampung Siru Dayak dan Kampung Sebat Dayak di kawasan Tanjung Datu.

Hasil pencerobohan itu, dakwa mereka menyebabkan kemusnahan tanaman kontan, pokok buah-buahan, getah dan kelapa sawit mereka.

Syarikat itu dikaitkan dengan anggota keluarga bekas ketua menteri Tun Taib Mahmud.

“Nampaknya tiada sesiapa boleh bantu kami, walaupun polis, sudah banyak laporan polis dibuat.

“Malah wakil rakyat kami Adenan Satem yang kini ketua menteri Sarawak tidak dapat membantu,” kata Nanty Binglai, suri rumah dan jurucakap kumpulan penduduk dalam sidang media semalam.

Mkini

Comments