TUDUHAN TERHADAP DIPLOMAT : SIAPA CAKAP BOHONG ANIFAH ATAU MCCULLY?

Menteri Luar Malaysia, Anifah Aman mendakwa New Zealand memberi tawaran kepada Malaysia supaya membawa balik Diplomat yang didakwa melakukan kes jenayah seksual dan mencuri. Manakala perkara itu dinafikan Menteri Luar New Zealand. Jadi siapa sebenarnya yang menipu dan menyelewengkan fakta.? Sudah tentu salah seorangnya menipu ........

Semalam Malaysiakini melaporkan bahawa New Zealand mengeluarkan dokumen bagi menolak dakwaan Menteri Luar Anifah Aman bahawa Wellington sendiri menawarkan diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual pulang ke negara ini.

Dokumen itu juga menunjukkan bahawa Malaysia juga meminta pertuduhan terhadap Muhammad Rizalman Ismail – memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol – digugurkan.

Antara dokumen dikeluarkan, surat Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia kepada Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) New Zealand.

Menurut surat bertarikh 21 Mei itu, Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia memohon bantuan Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) dan polis New Zealand untuk menutup kes dan menarik balik kesemua pertuduhan.

Surat itu sebagai balasan kepada sepucuk lagi surat MFAT, bertarikh 10 Mei yang menuntut supaya kekebalan diplomatik Rizalman dilucutkan bagi membolehkan tindakan di mahkamah di New Zealand dilakukan.

“Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia dengan hormatnya memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan melucutkan kekebalan yang diberikan kepada En Muhammad Rizalman Ismail dan memutuskan beliau patut dihantar pulang ke Malaysia secepat mungkin.

“Sekiranya Kementerian Luar dan Perdagangan New Zealand menerimanya, Pejabat Suruhanjaya Tinggi mencadangkan menghantarnya pulang kepada keluarganya di rumah pada Khamis, 22 Mei 2014, pada 1.15pm melalui MH130,” menurut surat itu.

Dokumen itu didedahkan hari ini, atas permintaan Fairfax Media, di bawah undang-undang kebebasan maklumat New Zealand.

New Zealand perjelas 'salah faham'

Satu lagi dokumen yang didedahkan oleh Wellington ialah surat bertarikh 10 Mei daripada MFAT kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia. Tiada dokumen lain di antara 10 Mei hingga 212 Mei berhubung kejadian itu didedahkan.

Bagaimanapun, Menteri Luar New Zealand Murray McCully lewat hari ini menjelaskan bahawa ia hanya satu salah faham.

Jelasnya, surat rasmi itu mungkin menyatakan dengan jelas mengenai niat New Zealand untuk membatalkan kekebalan Rizalman, namun perkara itu masih belum jelas dalam perbincangan tidak rasmi.

“MFAT lewat hari ini memberikan kepada saya perutusan surat di antara pegawai New Zealand dan Malaysia berhubung perkara ini.

“Walau permohonan rasmi amat jelas dalam memohon untuk membatalkan kekebalan, kini saya faham bahawa para pegawai berkenaan berhubung dalam komunikasi tidak rasmi  dalam kes yang kompleks, dalam cara yang mungkin tidak jelas bagi kerajaan Malaysia,” katanya seperti dipetik dalam laporan stuff.co.nz.

Kenyataannya itu timbul selepas bercakap dengan Anifah lewat hari ini bagi menjelaskan “salah faham” tersebut.

McCully berkata, beliau percaya kerajaan Malaysia bertindak dengan niat yang baik dan keengganan untuk membatalkan kekebalan itu kerana mahu ketua pertahanan Malaysia menangani kes Rizalman.

Katanya, perkara itu masih boleh dapat diterima oleh New Zealand

Comments

Anonymous said…
sbg penyokong umno saya percaya anifah lah yg bercakap benar sebab dia org islam. kita tak jgn mudah percaya kpd bukan islam. saya juga lebih percaya kpd org islam dlm umno drp yg lainnya.