TERBUKTI UMNO PARTI PERKAUMAN ~ Ref Malaysiakini

Apakah Umno hendak menafikan bahawa ianya parti perkauman sedangkan namanya sendiri Parti Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malay National Organization (Umno) yang terang-terang nama parti Melayu. Sudah tentu parti akan akan berjuang untuk kepentingan Melayu walaupun sebenarnya parti ini bukan berjuang untuk melayu tetapi berjuang untuk menjual melayu. (Buktinya Tanah Orang Melayu semakin berkurangan jumlahnya, tulisan jawi diketepikan, Bahasa Melayu dipinggirkan di Sekolah pun Bahasa Inggeris diagung-agungkan, Islam agama orang Melayu semakin dihina murtad berleluasa).

Hari ini semangat perkauman sempit Umno semakin terbukti apabila tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera, Ahmad Ismail yang menghina Cina. Malah Ahmad mendapat sokongan moral apabila semua 11 Bahagian Umno di Pulau Pinang menyokong tindakan Ahmad yang tidak mahu meminta maaf diatas tindakannya menghina Cina walaupun digesa oleh MCA, DAP dan Gerakan supaya memohon maaf. Malah laporan Polis telah dibuat terhadap Ahmad oleh ketiga-tiga parti tersebut.

Walaupun Timbalan Presiden Umno terhegeh-hegeh meminta maaf kononnya atas kesilapan Ahmad tersebut, namun permohonan maaf beliau nampaknya tidak mendapat sokongan dari pimpinan Umno yang lain hatta Ketua-ketua Bahagian Umno di Pulau Pinang sendiri tidak menyokong AlNajib.

Saya berasa kesal dengan tindakan Ahmad yang berani menghina orang Cina. Saya ingin bertanya kepada beliau apa rasa beliau kalau orang Cina menghina beliau. Tindakan beliau juga sebenarnya menyentuh sensitiviti kaum Cina.

Saya bukannya anti Melayu dan pro-Cina tetapi saya sentiasa terbuka dalam soal kaum kerana di dalam perjuangan berasaskan perkauman tiada di dalam ajaran Islam sebagaimana Hadis Nabi Mohamad S.A.W " Bukan dari golonganku orang yang berjuang diatas dasar kebangsaan .....".

Jadi bagi saya kita mesti menegakkan keadilan Islam di mana di dalam negara Islam, rakyat bukan Islam ada hak untuk tinggal dan menjalankan semua kegiatan agama mereka seperti juga hak rakyat beragama Islam di dalam sesebuah negara Islam.

Jadi saya nasihatkan kepada pemimpin, ahli dan penyokong Umno totok supaya sedar dan insaf bahawa perjuangan perkauman tidak diakui oleh Nabi Mohamad S.A.W sebagai umatnya.

Comments

Hi semua,

Agama Islam tidak menghalalkan politik perkauman!

Maka, saya sangat berharap semua rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu, berani bangun untuk menyuarakan tentangan mereka terhadap yang cuba menggunakan politik perkauman bagi kepentingan diri. Jangan biarkan yang sesat menggunakan perkauman dan agama bagi kepentingan diri dan keluarga mereka dengan berpura-pura memperjuangkan Ketuanan Melayu!