PAK LAH JUGA SOKONG AHMAD, ORANG CINA AKAN LEBIH MARAH? ~ Ref Malaysiakini

Pak Lah nampaknya menyebelahi Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera, Ahmad Ismail dalam isu kenyataan yang didakwa berbau hasutan yang menimbulkan kemarahan orang Cina yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Ahmad dilaporkan berkata demikian ketika kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pauh berlangsung. Kenyataan Ahmad yang didakwa berbauh hasutan itu disiarkan oleh sebuah akhbar Cina yang akhirnya menimbulkan kemarahan Orang Cina sehingga parti-parti DAP< Gerakan dan MCA membuat laporan Polis dan mendesak Umno mengambil tindakan ke atas Ahmad Ismail.

Sebaliknya Imam Hadhari dalam kenyataanya hari ini berkata Ahmad telah menjelaskan bahawa beliau membuat kenyataan berdasarkan fakta sejarah dan bukannya berunsur perkauman seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

Imam Hadhari juga menyatakan bahawa Ahmad melahirkan rasa kesal yang amat sangat yang beliau juga rasa tidak senang hati langsung kerana apa yang dia cakap itu yang padanya fakta sejarah telah disalahertikan oleh sebuah surat khabar yang buat pemberitaan sedangkan surat khabar lain tidak buat.

Jelas sekali Imam Hadhari menyebelahi Ahmad dan kenyataan dijangkakan akan merumitkan lagi keadaan. Semalam dan hari ini sahaja beberapa kenyataan tegas dan dilantang dibuat oleh Penasihat Parti Gerakan, Lim Kheng Yaik dan Pemangku Presiden Gerakan, Koh Tsu Kon yang mahu mengkaji semula penyertaan Gerakan di dalam BN ekoran dari beberapa perkembangan semasa yang berlaku di dalam Umno dan BN.

Pemuda MCA Perak juga menyuarakan hasrat yang sama di mana pertubuhan itu menggesa MCA Pusat mengkaji semula keanggotaan MCA di dalam BN disebabkan rasa tidak puashati terhadap Umno parti teras BN yang dilihat semakin tidak relevan dan sering memainkan isu perkauman.

Tidak syak lagi bahawa BN sekarang ini membilang hari untuk menemui ajalnya. Samada lambat atau cepat kita melihat BN semakin nazak dan tenat sekarang. Bukan sahaja pergeseran antara parti-parti komponennya malah di dalam parti-parti komponen itu sendiri sekarang ini berkecamuk disebabkan pemilihan dan politik wang yang semakin membarah dan tidak dapat diubati lagi.

Comments

Aapai said…
biarkan orang cina marah,apa mereka boleh buat,malaysia ini adalah negara MELAYU itu sebab dinamakan MALAYSIA.
jikalau orang cina malaysia ini cakap banyak suruh mereka ini balik TONGSAN sahaja,yang orang india pula suruh mereka ini balik ke TAMIL NAIDU buat parti politik di sana.