ULAMA' 'YES MAN' DAN PENGAMPU SAHAJA YANG BOLEH SEBULU DENGAN KERAJAAN BN ~ Ref Malaysiakini

Saya ingin response kepada kenyataan Pak Lah pada sesi dialog Perdana Menteri bersama Ulama dan Umara anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur semalam.

Pak Lah antara lain berkata bahawa Ulama dan Umara perlu bersatu untuk mengelakkan perbalahan.

Macamana Ulama' yang ikhlas dan tegas boleh bersama dengan Kerajaan BN kalau kerajaan BN terang-terang melakukan perkara yang bertentangan dengan Islam. Jadi Ulama' yang baik bukan Ulama Us-Suu' mesti menasihati dan menjauhi kerajaan yang zalim yang tidak makan nasihat. Antara kezaliman kerajaan BN yang jelas bertentangan dengan Islam ialah :-

1) Tidak mahu mengamalkan Undang-undang Islam sepenuhnya.
2) Tidak mahu mengamalkan sistem ekonomi Islam sepenuhnya. Bank Islam ada Bank Riba ada.
3) Mengamalkan sistem undang-undang zalim seperti ISA, OSA, AUKU dan sebagainya.
4) Membiarkan gejala rasuah berleluasa cuma ikan bilis yang kena ...
5) Mengamalkan pentadbiran yang membazirkan duit rakya .....
6) Tidak mengharamkan judi malah digalakkan dengan memberikan lesen
7) Tidak menghadkan penjualan arak malah memberikan lesen untuk kilang arak beroperasi di Malaysia
8) Menghentikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR)
9) Menekan kerajaan-kerajaan negeri yang bukan BN
10)Mengujudkan satu pendekatan baru Islam Hadhari sedangkan Islam yang ada sudah cukup lengkap dan syumul
11) Meminggirkan institusi ulama' dan memuja-muja artis dengan menggalakkan pelbagai program konsert dan nyanyian yang melalaikan
12) Memberikan lesen untuk Kelab-kelab Malam,Dangdut, Karaoke, rumah urut, hotel murah (digunakan untuk pelacuran), rumah urut dan sebagainya.

Banyak lagi .........

Comments

dariana said…
Dah berpuluh, malah beratus kali sudah berlangsung seminar, sesi dialog, persidangan, bentangan kertaskerja, kursus dsb yg melibatkan ulama-umara; namun hingga kini yang benar/alhaq tetap tertutup/ditutup oleh pemimpin2 BN/Umno Hadhari yg nawaitunya tidak ikhlas itu.

Konsep menyuruh kepada kebaikan /ma'aruf dan mencegah/nahi munkar/ perkara jahat atau dosa/maksiat, tetap tidak berjalan. tetap negatif.

Belanja melaksanakan agenda2 besar tersebut bukan sedikit.tapi hasilnya pi mai pi mai tang tu jugak, malah jumlah maksiat jenayah tidak mengecil.jadi, apa disohorkan sangan dengan agenda baru bernama sesi dialog tsbt. masing2 punya egois yg tidak tertundukkan fakta.

Kita kasihan kepada ulama2 itu yg sering atau sudah pasti akan dipersoalkan tindak-tanduknya oleh masyarakat islam sendiri dan oleh Allah di akhirat nanti.

Semuanya itu adalah gara2 menjadi 'yes man','ampu man' dan 'periuknasi man';hingga ada yg telah tinggalkan universiti selaku pensyarah lalu ceburkan diri dalam politik BN/PRU, tapi juga diper'horse'kan oleh umara2 hadhari utk menentang jemaah islam.maka berlakulah permusuhan berpanjangan akibat patuh kepada umara/pemimpin2 yg juhala' ttg kehendak islam sebenar dan memang berkepentingan diri/duniawi.

Kenapa hal demikian boleh berlaku??