Saya mencadangkan kepada Pakatan Rakyat supaya memboikot Pilihanraya Kecil Bagan Pinang jika SPR tidak dapat menyakinkan rakyat bahawa undi pos adalah telus, tiada manipulasi dan dijalanakan dengan professional.
Sebagaimana yang kita tahu undi pos seringkali menjadi senjata ampuh untuk BN memenangi sesuatu kerusi. Jarang sekali parti lain mendapat kemenangan melalui undi Pos. Sebaliknya BN seringkali memenangi sesuatu kerusi dengan kelebihan undi pos. Contoh paling ketara ialah kemenangan BN besar di kerusi DUN Sungai Udang, DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan DUN Pangkor di Perak yang mana BN memenangi lebih dari 90% undi Pos.
Apa yang menyebabkan ianya tidak telus ialah :-
- PR tidak dibenarkan menyaksikan proses pembuangan undi
- PR tidak dibenarkan berkempen kepada pengundi pos khasnya Polis dan tentera
- Terdapatnya aduan bahawa pihak atasan mempengaruhi dan menekan anggota bawahan supaya mengundi parti-parti tertentu
Oleh kerana DUN Bagan Pinang mempunyai 4,925 pengundi yang mengundi melalui undi pos saya yakin BN sudah tentu akan memperolhi lebih dari 4,000 undi dari pengundi pos dan PR siang-siang lagi sudah tewas sebeum bertanding.
Saranan saya supaya memboikot pilihanraya kecil seiring dengan tuntuan BERSIH yang mahukan undi Pos dihapuskan.
Pilihanraya Kecil bakal berlaku di DUN Bagan Pinang berikutan kematian ADUNnya Allahyarham Azman Mohd Noor, 55, dua hari lalu.
Allahyarham Azman, yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang, memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum lalu, dengan menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. Azman mendapat 6,430 undi, manakala Ramli memperolehi 4,097 undi.
Comments
bukti kertas undi yg ditukarkan (dikeluarkan dr peti undi asal) pada pilihanraya 199X masih kami simpan di satu stor rahsia di kem terendak dan masih elok lg.
kes terbaru ..pilihanraya baru2 ni... kertas undi ditulis nombor tentera... undi apa tu...