BAGAN PINANG : PAS AKAN BERTEMU PENGERUSI SPR

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata pemimpin PAS memohon untuk bertemu Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof bagi membincangkan isu pengundi pos di DUN Bagan Pinang.
"Kita telah hantar surat kepada Tan Sri Aziz Yusof untuk mengadakan pertemuan pada 8,9 atau 10 September, tetapi beliau ada kita tangguhkan pada bulan Oktober kerana terlalu awal".
"Kita pun tak tahu mengapa beliau mahukan pertemuan tersebut di buat pada bulan Oktober" kata Mustafa.
Menurut Mustafa antara perkara yang menimbulkan masalah ialah parti politik tidak dibenarkan memantau perjalanan proses pengundian secara pos dan juga kemusykilan tentang mengapa ahli keluarga pihak keselamatan yang tinggal di kem juga dikategorikan sebagai pengundi pos sedangkan mereka adalah orang awam.
Mustafa berkata PAS akan mencadangkan beberapa perkara untuk memperbaiki kelemahan pengundian secara pos dan ini mesti dilaksanakan pada Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang ini.
Dalam ceramahnya juga, Mustafa berkata Pakatan Rakyat tetap akan bertanding pada pilihanraya kecil itu walaupun BN mempunyai kelebihan dari segi undi pos yang seringkali memihak kepada BN.
"Kita akan tetap lawan kerana keputusan pilihanraya umum lalu menyaksikan bahawa pengundi biasa memberikan sokongan padu kepada PAS, BN hanya menang kerana undi pos".
"Kita akan lihat nanti kecenderungan pengundi biasa yang Insya Allah akan terus memberikan sokongan kepada PAS" ujar Mustafa.
Beliau berkata demikian pada ceramahnya di Kampung Solok Gaong Ayer Molek. Turut berceramah beliau beliau ialah Imam Taisyir dari Gaza dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Comments

aljunuban said…
perkara yang membuang masa. satu aktiviti yang bodoh dan jahil drp pemimpin pas.