BAGAN PINANG : BN TIADA MASALAH?

Nampaknya penggal ini menjadi penggal paling sibuk bagi SPR kerana terpaksa mengadakan 9 pilihanraya kecil dalam 18 bulan.
Selain itu penggal ini juga menjadi ingatan yang tidak mungkin dilupakan oleh pimpinan BN apabila mereka kalah teruk 7-0 di Semenangjung dan menang hanya 1 di Pulau Borneo itupun di Batang Ai.
Kini tiba giliran negeri di selatan untuk menghadapi pilihanraya. Kalau sebelum ini negeri-negeri utara dan Pantai Timur menyaksikan BN dimalukan dengan teruknya kini tiba giliran rakyat di Selatan tanahair untuk membuat pilihan.
Namun kali ini padang tidak sama rata di DUN Bagan Pinang yang bakal menyaksikan pilihanraya kecil dalam masa terdekat. Ini kerana DUN ini mempunyai lebih dari 34 % pengundi Pos, satu fenomena yang amat menggembirakan BN.

Pilihanraya kecil ini terpaksa diadakan berikutan kematian ADUN Badan Pinang Allahyarham Azman Mohd Noor yang meninggal dunia kerana jangkitan kuman dalam darah, pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban. Pada Mei lepas, Allahyarham telah menjalani pembedahan pintasan koronari jantung.

Allahyarham Azman, yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang, memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum lalu, dengan menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. Azman mendapat 6,430 undi, manakala Ramli memperolehi 4,097 undi.

Mengikut daftar pemilih pada Pilihanraya Umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

Ekoran dari kematian Allahyarham Azman, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.

Seperkara yang menarik mengenai DUN Bagan Pinang ialah komposisi pengundinya yang bukan sahaja berbilang kaum tetapi juga mempunyai bilangan pengundi pos yang ramai.

Mengikut daftar pemilih terbaru, DUN ini mempunyai 4,925 pengundi pos yang terdiri daripada sebahagian besarnya Tentera. Selebihnya terdiri dari anggota polis dan petugas-petugas SPR.

Umum telah sedia maklum bahawa undi pos sudah tentu memberikan kelebihan kepada BN sejak zaman berzaman. Biasanya parti lawan BN akan mendapat undi maksima sekitar 10% shaja dari undi Pos, itupun jarang-jarang berlaku. Ini bermakna dari 4,925 undi BN sudah pasti akan memperolehi sekurang-kurangnya 4,400 undi sebelum pengundian bermula. Maka dengan ini amat sukar bagi PR untuk menewaskan BN walaupun dengan apa cara sekalipun.

Beberapa pihak mencadangkan kepada Pakatan Rakyat supaya memboikot Pilihanraya Kecil Bagan Pinang jika SPR tidak dapat menyakinkan rakyat bahawa undi pos adalah telus, tiada manipulasi dan dijalanakan dengan professional.

Sebagaimana yang kita tahu undi pos seringkali menjadi senjata ampuh untuk BN memenangi sesuatu kerusi. Jarang sekali parti lain mendapat kemenangan melalui undi Pos. Sebaliknya BN seringkali memenangi sesuatu kerusi dengan kelebihan undi pos. Contoh paling ketara ialah kemenangan BN besar di kerusi DUN Sungai Udang, DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan DUN Pangkor di Perak yang mana BN memenangi lebih dari 90% undi Pos.

Antara sebab mengapa banyak pihak mempertikaikan pelaksanaan undi pos ini ialah kerana parti-parti politik terutama lawan BN tidak dibenarkan menyaksikan proses pembuangan undi. Keduanya parti-parti politik khasnya bukan BN tidak dibenarkan berkempen kepada pengundi pos khasnya Polis dan tentera

Terdapatnya aduan bahawa pihak atasan mempengaruhi dan menekan anggota bawahan supaya mengundi parti-parti tertentu.

Alasan SPR bahawa undi pos masih relevan kerana isu keselamatan tidak boleh diterima. Ini kerana pasukan tentera dan polis boleh diberi pelepasan untuk membuang undi hanya kira-kira 2 atau 3 jam sahaja kecuali mereka yang sememangnya berada di hutan dan perantaun mungkin undi pos boleh dipakai. Jika sekiranya mereka berada kem adalah mudah bagi mereka untuk keluar mengundi di tempat pengundian awam.

Sekiranya pihak keselamatan tetap bertegas mahukan urusan pengundian dijalankan di dalam kem maka SPR dan pihak keselamatan digesa supaya memberikan kelonggaran untuk petugas parti politik menyelia perjalanan pengundian di kem seperti juga yang dilakukan semasa proses pengundian awam di mana ‘Polling Agent’ dibenarkan memantau dan menyelia proses pengundian dari awal hingga akhir.

Dengan langkah-langkah tersebut Insya Allah ianya dapat mengurangkan kesangsian rakyat terhadap ketelusan proses pengundian pos.

Dalam pilihan raya umum lalu, calon PAS kalah kepada Azman dengan 2,333 undi. Faktor utama kemenangan calon BN adalah kehadiran kira-kira 4,925 pengundi pos Tentera Darat di kawasan yang mempunyai kira-kira 14,000 pengundi itu.

Mereka adalah dari Pusasda Kem Si Rusa (1,903 undi), 2 KAD Kem Sunggala (1,130 undi), IJED Kem Kg Sawah (847 undi), IPDA Port Dickson (407 undi), 1 Kompeni KPD Kem Si Rusa (265 undi), 1 WKSP Bgd Kem Sg Sawah (165 undi), Sekolah Pertukangan Perintis (105 undi) dan ILMI Port Dickson (103 undi).

Mengikut sejarah, BN tidak pernah kecundang di kawasan ini dan ianya bolehlah disifatkan sebagai kubu kuat BN. Malah PAS pernah hilang wang pertaruhan pada pilihanraya umum 1986 ketika itu DUN Bagan Pinang dikenali sebagai DUN Pasir Panjang.

Comments