Umno BERTAMBAH GELABAH ~ Ref Malaysiakini

Umno bertambah gelabah dengan tindakan ADUN Bota menyertai PKR. Kegelabahan Umno semakin kencang setelah mereka tersentak pada 8 Mac 2008 diikuti dengan kekalahan memalukan di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Umno dan BN Perak malam tadi bermesyuarat bagi menangani masalah ini khususnya di Perak. Antara yang mungkin dibincangkan ialah kemungkinan untuk memujuk ADUN Bota, YB Nasaruddin supaya berpatah balik menyertai Umno. Malah Ketua Pembangkang DUN Perak, Tajol Rosli mencadangkan supaya Nasaruddin bertemu Najib Razak bagi membincangkan isu tersebut.

Tetapi saya yakin ianya tidak akan menjadi kenyataan kerana Nasaruddin sudah pun mengisytiharkan keluar Umno. Jadi tidak ada apa lagi yang perlu dibincangkan.

Seperti mana biasa jika usaha memujuk Nasaruddin gagal, besar kemungkinan Umno akan menggunakan skrip lama mereka iaitu menghentam dan memfitnah Nasaruddin bagi membalas dendam Umno kepada ADUN Bota tersebut.

Saya pasti selepas sudah tentu banyaklah cerita-cerita keburukan Nasaruddin akan digembar-gemburkan.

PKR dan PR mesti bersedia mempertahankan Nasaruddin.

Syabas YB Nasaruddin!!!

Comments

Ini macam , Bagus.
Slow and Steady , satu demi satu keluar dari bn.
Berita memang baik dan cara ini memang nya baik untuk rakyat dan juga untuk Pakatan.
Cara Slow and Steady , satu demi satu masuk Pakatan.
Kalau banyak yang keluar bn sudah pasti umno akan timbulkan huru hara dan hara huru.
Cara Slow and Steady ni memang tepat dan susah untuk umno timbulkan huru hara .

Hapuskan ISA , Hapuskan Rasuah,Hapuskan polis yang maharajalela,Hapuskan DEP dan Hapuskan umno.