APAKAH PAK LAH / NAJIB BERANI MACAM ERDOGAN ~ Ref Malaysiakini

Perdana Menteri Turki Recep Tayyib Erdogan membuktikan keberanian beliau membawa suara umat Islam apabila mengecam pemimpin Yahudi Laknatullah, Simon Peres pada program Forum Ekonomi Sedunia di Davos semalam.

Erdogan dengan tegas berkata Presiden Israel, Simon Peres," anda membunuh manusia".

Peres dengan bongkak berkata kepada Erdogan bahawa dia akan bertindak sedemikian jika roket jatuh kepada Istanbul.

Erdogan berkata lagi, saya sangat sedih apabila orang bertepuk tangan kepada apa yang anda katakan, sedangkan begitu ramai manusia dibunuh, dan saya fikir ianya sangat salah dan tidak berperi kemanusiaan.

Ucapan Erdogan seringkali diganggu oleh Moderator, David Ignatius yang tidak memberikan ruang yang secukupnya kepada Erdogan sebaliknya Peres bercakap secara panjang lebar.

Ahirnya Ignatius meminta Erdogan menghentikan ucapannya setelah beliau berani mengeluarkan kecaman kepada Peres yang zalim dan jahat tersebut.

Di akhirnya ucapannya yang ringkas, Erdogan mengucapkan, "terima kasih banyak-banyak, terima kasih banyak, saya tidak fikir saya akan kembali ke Davos selepas ini".

Apa yang ingin saya katakan di sini, ADAKAH NAJIB DAN PAK LAH berani berucap sebagaimana yang dilakukan oleh Recep Tayyib Erdogan.?

Mungkinkah selepas ini ada lagi pemimpin negara umat Islam yang berani bercakap seumpama Erdogan. Saya yakin hanya ada seorang lagi yang berani iaitu AhmadiNejad. Yang lain saya tidak nampak semuanya menikus dan kecut perut.

Comments

Anonymous said…
Salam sahabat, puak2 gerembolan kata dalam PAS ada Erdogan. Tu dah kira okey Lah. Nak harap puak gerombolan, kering Lah kita nampaknya. Harap2 Erdogan dalam PAS betul2 berani macam Erdogan ketika hentam puak yahudi. Tiada yahudi pun ala2 yanudi kat Malaysia ni banyak, kasi hentam je Lah.