40 AHLI 'CELUP' VS 19 AHLI TULEN ~ Ref Malaysiakini

Angka 40 ini selalu digunakan untuk menggambarkan 40 orang penyamun tarbus. 40 juga jumlah untuk mencukup bilangan untuk solat Jumaat walaupun pendapat mengatakan 12 orang pun sudah memadai.
Maka mungkin itulah sebabnya Umno Melaka khasnya Datuk Seri Mohd Ali Rustam menggunakan angka 40 untuk menunjukkan bilangan ahli PAS 'celup' yang menyertai Umno.

Sedangkan terbukti bahawa 40 orang itu entah ada entah tidak, malah ahli PAS sebenarnya sudah tidak ada di Musai.
Maka ramai yang percaya 40 orang termasuk 'Ketua'nya Senin Tumpang adalah terdiri dari orang Umno, bekas Umno, atas pagar dan mungkin termasuk bayang-bayang mereka sekali.
Namun malam ini kita akan buktikan bahawa bukan ahli PAS yang masuk Umno, tetapi ahli Umno yang semakin ramai menyertai PAS. 19 orang ahli Umno akan menyerahkan borang keahlian PAS kepada pimpinan PAS Kawasan.
Jadi nampaknya untuk 'round' ini PAS menang 19-0, sebab orang yang masuk Umno di Musai itu tidak ada seorang pun ahli PAS yang sebenar, aktif dan membayar yuran. Cuma mereka mendakwa mereka orang PAS. Malang sekali Umno sekali lagi ditipu oleh 40 orang tersebut.

Comments

muraisenja said…
Kita merancang dgn cita-cita, Allah merancang dgn cintaNya...Wallahu Alam
Anonymous said…
Pak cik senin dulu umno kemudian masuk pas,masa masuk pas dia dilantik ketua cawangan kampung musai.Masa ustaz abdul rahman mula-mula bertanding di dun bacang.