KERAJAAN BARU PR BAKAL TERBENTUK? ~ Ref Malaysiakini

Walaupun Ketua Pembangkang tidak meletakkan tarikh seumpama 16 September untuk membentuk kerajaan baru namun pemerhati politik Anwar masih berusaha keras untuk menumbangkan kerajaan BN yang ada sekarang.
Kemasukan ADUN Bota, benar-benar dijadikan titik tolak kepada gerakerja menumbangkan kerajaan BN. Khabarnya gerakerja tersebut makin serius tetapi dalam senyap. Tidak mustahil ianya akan berlaku. Siapapun tidak menyangka Nasaruddin Hashim akan masuk PKR. Siapa pun tidak menduga Kapten Zahar Hashim menyertai PAS.
Jadi tidak mustahil jika ada ADUN atau Ahli Parlimen BN masuk PR.

Malah kemungkinan untuk anggota kabinet sendiri menyertai PR pun diperkatakan orang sejak-sejak akhir-akhirnya. Walaupun 'sebakul' sumpah taat setia dibuat tetapi sumpah kepada manusia boleh dilanggar kerana manusia yang wajib ditaati jika ianya tidak menyuruh kita melakukan maksiat. Dalam konteks BN hari ini bukan kecil-kecil maksiat yang dilakukan malah sebesar-besar maksiat terus menjadi amalan istiqamah mereka. Contohnya menolak hukum Allah, menjalankan undang-undang ISA, menzalimi kerajaan PR, menindas rakyat dengan harga barangan mahal, rasuah terus menjadi amalan dan sebagainya.
Jadi saya tidak hairan jika Putra Jaya bakal bertukar tuan tidak lama lagi. Begitu juga saya tidak hairan jika Menteri Besar Negeri Sembilan juga bertukar tangan selepas ini.
Semuanya boleh terjadi setelah ahli-ahli Parlimen dan ADUN muak dan jijik dengan tingkah laku pemimpin BN dan kerajaan BN.
Ayuh jangan tunggu lama-lama, mari kita bina Malaysia Baru.!!!

Comments

kekwa66 said…
Ang Pao besar bagi kerajaan PR tahun ini..hahhaaa....