TIMBALAN PRESIDEN : TIADA KOMPROMI, MASING-MASING GILA PANGKAT ~ Ref Malaysiakini

Saya yakin cadangan Umno Besut supaya calon-calon Timbalan dan Naib Presiden Umno berkompromi adalah tidak masuk akal kerana masing-masing gila pangkat dan kuasa. Mereka lebih rela kalah bertanding dari berputih beri kemenangan percuma.

Sudah pasti calon-calon tersebut tidak akan berkompromi kerana masing-masing mungkin sudah menghabiskan ratusan ribu malah jutaan ringgit untuk mendapatkan pencalonan yang cukup semasa mesyuarat bahagian baru-baru ini.

Malah calon-calon itu masing-masing 'confident' boleh memenangi jawatan yang mereka tandingi secara tender itu. Siapa yang sanggup mengeluarkan 'qoutation' paling tinggi sudah pasti akan menang.

2 orang calon Timbalan Presiden iaitu Muhammad Taib dan Ali Rustam sudah menyatakan pendirian mereka untuk tidak berkompromi. Sudah pasti mereka tidak mahu kerugian kerana masing-masing untuk banyak membuat pelaburan untuk mendapatkan pencalonan.

Saya juga yakin Muhyiddin juga tidak sanggup berkompromi kerana beliau semestinya yakin boleh menang pada pemilihan nanti. Namun Muhyiddin mungkin silap ahli Umno dan perwakilan bukannya memilih karisma, personaliti dan daya kepimpinan tetapi mereka memilih siapa boleh beri 'fulus' paling banyak.

UMNO Bahagian Besut yang bermesyuarat kelmarin membuat keputusan untuk menyarankan kepada semua calon Timbalan Presiden dan Naib Presiden supaya berkompromi dan memberi keutamaan kepada mereka yang mampu meningkatkan kekuatan parti.

Ketuanya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada Majlis Tertinggi (MT) dalam masa terdekat.

Comments

Semacam Bursa Saham .
masing-masing buat "top up , prim up" nilai.
Ini kah nilai melayu dalam umno?
Sanggup menyogok dan sanggup di sogok.