DULU LIWAT KINI KHALWAT ~ Ref Malaysiakini

Isu liwat Anwar Ibrahim belum berakhir. Kini isu khalwat Exco Negeri Selangor YB Dr Halimah Ali pula dibangkitkan. Saya hairan mengapa isu mengaibkan sebegini menjadi mainan politik. Bukankah di dalam Islam tuduhan ini sangat berat. Orang yang menuduh tanpa akan dihukum. Ianya bukan main-main. Tetapi perkara sebegini sudah jadi mainan sekarang.
Tidak adakah cara lain yang lebih sopan, halal dan masuk akal untuk digunakan bagi 'berperang' dengan lawan politik masing-masing. Banyak lagi cara dan kaedah untuk menghentam lawan politik. Jangan jadikan isu yang bahaya dan haram di sisi Islam sebagai modal politik untuk mencapai tujuan peribadi dan parti.
Dr Halimah Ali membuat laporan polis terhadap satu laman web pro-Umno berhubung tuduhan beliau ditangkap basah di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang.
Wakil rakyat PAS itu berkata, tuduhan yang dilemparkannya itu "berniat jahat, tidak masuk akal, menjatuhkan maruahnya" dan mahu mengaibkannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang.
"Saya adalah wakil rakyat PAS, sudah tentulah yang saya dukung ini adalah Islam. "Dan sebagai exco pembangunan modal insan, sudah tentulah kita hendak memerangi perkara mungkar dan maksiat ini secara jama'i atau berkumpulan," tulisnya di blog drhalimahali.blogspot.com.

Comments