BENARKAH SAMY MAHU LETAK JAWATAN ~ Ref Malaysiakini

Benarkah Presiden MIC, Samy Vellu akan meletakkan jawatan tahun ini.? Suatu persoalan yang sebenarnya sudah lama ditunggu-tunggu oleh ahli MIC yang majoritinya sudah meluat kepada Samy. Malangnya dengan kuasanya sebagai Presiden MIC, Samy bermaharajalela memecat dan menggantung sesiapa sahaja yang cuba menentangnya pada pemilihan MIC.
Hari ini Samy buat kali pertama bercakap soal perletakan jawatan. Menurut laporan media ketika membayangkan kemungkinan itu, bekas Menteri Kerja Raya itu berkata, "saya hanya akan berada dalam MIC antara enam hingga tujuh bulan sahaja."

Bagaimanapun beliau tidak memberikan dengan jelas tarikh akan berundur daripada memegang jawatan itu.

Kata Samy Vellu lagi, jikapun bersara daripada politik tahun ini beliau tetap akan memantau perjalanan MIC dari dekat.

"Saya tidak akan tinggal di Australia ataupun Britain selepas melepaskan jawatan.
"Saya akan tinggal di Kuala Lumpur untuk melihat perkembangan semasa politik," kata beliau yang dipetik oleh akhbar Makkal Osai hari ini.
Nampaknya Samy masih ada hati untuk memantau MIC dari dekat. Mungkin beliau melepaskan jawatan itu secara rasmi tetapi kroni dan talibarutnya masih mendominasi MIC.
Malah kenyataan Samy untuk melepaskan jawatan itu hanya gimik politik untuk meredakan kemarahan kaum India kepada MIC. Siapa yang tidak kenal Samy? Ahli politik yang didakwa licik, keras, samseng dan bertindak apa sahaja untuk menyelamatkan kariernya sejak lebih 20 tahun lalu.

Comments