ISU PEKERJA : HILANG KERJA, CARI KERJA, PEKERJA ASING MELIMPAH ~ Ref Malaysiakini

12,000 orang hilang pekerjaan akibat kemelesetan ekonomi sehingga 12 Januari lalu.

600,000 pekerja baru mencari kerja setiap tahun.

Terdapat 1.5 juta pendatang asing bekerja di negara itu.

3 fakta di atas menggambarkan betapa susahnya para pencari kerja untuk mendapat pekerjaan. Ini semua gara-gara kegagalan kerajaan BN menyelesaikan isu pengangguran dan pencarian kerja lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi negara yang semakin tidak menentu sekarang.

Bulan lepas, kerajaan BN menyalurkan pakej rangsangan ekonomi melibatkan RM7 bilion. Namun keberkesanannya tidak begitu ketara kerana bilangan pekerja yang kehilangan mata pencarian semakin meningkat.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk menyalurkan pakej kedua tidak lama lagi. Adakah ianya berkesan?, kita tunggu dan lihat.

Banyak pihak menjangkakan kemelesetan ekonomi kali ini lebih teruk berbanding 1997 kerana ia bersifat lebih menyeluruh dan melibatkan sebahagian besar dunia.

Persoalannya adakah kerajaan kita bersedia untuk menghadapi keadaan ini.

Comments

Hasbullah Pit said…
Spalan sama patut dituju kepada diri kita.

Sudahkah PAS Melaka bersedia menghadapinya?
Ini sungguh rumit.
Rakyat Malaysia yang hilang kerja perlu bersaing dapat kerja dan perlu berebut dengan pekerja asing.
Pekerja asing pun ada yang hilang kerja dan tak mahu pulang.
terpasak juga bersaing dengan pekerja tanpa izin.

problem ini tak di kawal langsung oleh bn. Bn , KDN dan imigresen cuma tahu keluar kan permit beribu-ribu banyak untuk syarikat kroni untuk bawa masuk pekerja asing tiap-tiap bulan walaupun tak ada kerja dan tak ada majikan.
Boleh di katakan bahawa hampir setengah buruh dari India, Bangla dan pakistan kena tipu dan di bawa masuk ke Malaysia oleh agen-agen kroni yang pegang permit kerja.

Macam mana nak buat sekarang?
bn yang buat kan tahi tapi kita juga yang akan bersihkan.
Kerja bukan nya tak ada, memang ada kerja kosong. Cuma perlu usih keluar yang tak ada permit.
Usih keluar yang permit dah lapuk.
Usih keluar yang tanpa majikan . ( yang tanpa majikan memang kes teruk dah kena tipu).mereka ni ada permit tapi tak ada kerja.

Kita jangan lupa ada banyak yang dari Indonesia yang datang tanpa pasport dan yang sudah lapuk.
Dari kalangan pembaca blog ini, ada kah kamu penah lihat dengan mata sendiri betapa sesak nya depot tahanan orang asing?
Kita juga yang akan bayar untuk medical, makanan, tempat dan imigresen untuk jaga .
harus di cepat kan cara mereka di hantar pulang.

Rakyat kita yang hilang kerja boleh di terima masuk sebagai polis tambahan untuk tempoh 1 atau 2 tahun. Polis Inspector General selalu cakap tak cukup polis.

kepada 'hasbullah pit" , PR ada lah kerajaan untuk 5 negeri dan Kuala Lumpur. memang ada usaha untuk buat.Apa yang PR nak di buat akan di patah oleh bn.
boleh tak saudara tuju soalan itu untuk bn? bn yang mahakuasa.dia orang federal punya power.
dia orang juga pegang polis, imigresen, permit, KDN.
Tanya Pas melaka buat apa?
Hasbullah Pit said…
Khun Pana:

PAS Melaka adalah 'goverment in waiting'.

Mana tau, apabila BN melaka sudah tak boleh kawal lagi masalah pengangguran, masalah sosial dll. dan tidak lagi mahu memerintah.