AHLI PAS MASUK UMNO, SATU LAGI SANDIWARA UMNO MELAKA ~ Ref Malaysiakini

Rakyat Malaysia khasnya rakyat negeri Melaka sekali lagi diperbodoh-bodohkan oleh Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam dan RTM apabila melaporkan bahawa 40 ahli dan penyokong PAS Cawangan Kg Musai, Bachang menyertai Umno.

Berita tersebut disiarkan oleh RTM hari ini.

Laporan itu menyebut bekas seorang ahli PAS Senin Tompang dan kawan-kawannya dari Kg Musai keluar PAS dan menyertai Umno kerana tidak yakin kepada PAS lagi.

Untuk pengetahuan semua, Senin Tompang sudah lama gugur keahliannya kerana tidak membayar yuran. Beliau juga merupakan ahli yang bermasalah.

Menurut AJK PAS Kawasan Bukit Katil, Amran Kassim, sebelum Senin menyertai PAS beberapa tahun lalu beliau merupakan ahli Umno dan selepas itu menyertai DAP dan seterusnya menjadi ahli PAS. Selepas itu beliau membuat permohonan untuk menyertai semula Umno tetapi ditolak oleh Umno Cawangan.
"Bayangkan jika sebelum ini Umno cawangan pun tolak beliau sudah tentu beliau merupakan seorang yang bermasalah"

"Baru sekarang Senin diterima menyertai Umno, mungkin beliau terima semata-mata untuk kepentingan politik Umno kononnya ada ahli PAS menyertai Umno, sedangkan Senin sebenarnya sudah lama menjauhi PAS dan cuba menyertai Umno sebelum ini" ujar Amran yang merupakan rakan sekampung Senin.

Sementara itu Mantan Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Berendam (kini Bukit Katil) Haji Mohd Diah Abdul berkata, beliau sangat mengenali Senin sejak dari sebelum beliau menyertai PAS.

"Senin merupakan ahli PAS yang sering memberikan masalah kepada PAS, sebab itu saya tidak hairan jika Senin masuk Umno, sebab beliau sendiri sudah lama menjauhkan diri dari PAS dan tidak membayar yuran keahlian PAS" kata Mohd Diah yang masih menjadi AJK PAS Kawasan Bukit Katil.

Seorang lagi AJK PAS Kawasan Bukit Katil, Haji Abdullah Ahmad pula berkata, jumlah 40 orang ahli PAS dan penyokong PAS yang didakwa masuk Umno merupakan jumlah yang tidak masuk akal. Ini kerana jumlah ahli PAS Cawangan Kg Musai yang sudah berkubur itu pun tidak sampai 40 orang.

"Saya pasti ahli dan penyokong PAS berkenaan adalah ahli celup yang berlakon mengikut arahan Umno Melaka" kata beliau dengan sinis.

Saya siarkan komen sinis sahabat saya blogger Angkasanuri tentang isu ahli PAS 'celup' masuk Umno.


ALI RUSTAM DAH KERING MODAL

Dalam sibuk-sibuk berita orang Umno masuk ke Pakatan Rakyat , Ali Rustam menggunakan pendekatan yang berbeza untuk menonjolkan pengaruh dan popularitinya.Ali Rustam masih menggunakan pendekatan 'tradisional' untuk menonjolkan imej menjelang pemilihan jawatan timbalan presiden umno yang ditandinginya.

Masih ingat 'zaman dulu-dulu' media pro Umno akan menyiarkan berita hampir setiap hari berita pemimpin dan ahli Pas masuk Umno terutama menjelang pilihanraya sama ada umum atau kecil. Beratus-ratus kadang kala beribu-ribu angka yang dikemukakan. Tetapi strategi itu tidak digunakan lagi sekarang.

Malah satu yang 'ajaib' dalam sibuk-sibuk orang semakin menolak Umno ada orang yang masih sudi dan teringin masuk Umno.Hari ini Utusan Online melaporkan ketua dan 40 ahli cawangan Pas Kampung Musai di Melaka telah menyertai Umno dan borang permohonan keahlian telah diserahkan pada Ali Rustam.

Ali Rustam mungkin boleh temberang orang yang tinggal di luar Melaka, tetapi tidak orang Melaka seperti saya. Malah Kampung Musai adalah 'port' saya minum setiap pagi kalau tak out station. Mana ada cawangan Pas kat Kampung Musai????

Kalau ada cawangan dan ahli Pas kat situ, itu adalah ahli hantu! Saya cabar Ali Rustam atau mana-mana pihak untuk mengesahkan di Pejabat Agong Pas di Jalan Raja Laut wujud atau tidak cawangan Pas Kampung Musai.Kepada Ali Rustam saya nasihatkan gunakanlah taktik lain untuk pancing undi dan bina pengaruh. Buat malu kat orang Melaka je...

INIKAH 'STANDARD' BAKAL TIMBALAN PRESIDEN UMNO, BUAT MALU 'COMPANY' JE ...

Comments

Anonymous said…
sofi x sedar diri, dah la pekerja lembab kat CTRM...kalau ko bagus sangat, jgn la keje kat CTRM....bodo...

out station konon...pigi la,....dah la lembab....
Anonymous said…
lembap-lembap Sofi pun tak ada la dia kena tipu dengan Umno macam engko tu
Anonymous said…
dia tu giler pangkat..pasal tu la apong PAS....kalau x jadik Ketua Penerangan, mana dia nak layan ni semua..... pasal dia bodo la dia masuk PAS....cakap merapu2...macam bagus sgt..mana dia hasil pendedahan yg dia lorat2 nak dedahkan pasal tok ali? lembab betul la sofi CTRM ni.....
Anonymous said…
haha.. mutaligat... rupanya ko yang ligat.

ckp org IQ tak bagus pulak.. kalau tak bagus jgn harap ko ngan anak beranak ko hidup selesa kat melaka. kalau tak nak terima kasih kat UMNO ngan BN pun.. bersyukurlah dengan Allah SWT kerana mengurniakan kerajaan yang mengambil berat pasal rakyat sejak merdeka ini.

ingatlah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

sepandai-pandai diri tu meligat akhirnya tersangkut tersungkur jua. serupalah cam ko.