PAKAR SAINS POLITIK SEPENDAPAT DENGAN SAYA ~ Ref Malaysiakini

Dalam posting sebelum ini saya menulis tentang kemungkinan besar Tsunami besar bakal berlaku dengan kemasukan beramai-ramai ADUN dan Ahli-ahli Parlimen BN menyertai PR selepas ini. Tsunami kedua bermula dengan kemasukan ADUN Bota menyertai PKR dua hari lepas.

Pandangan saya ini dipersetujui oleh Pensyarah sains politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Ghazali Mahyudin yang menyifatkan tindakan melompat parti ini sebagai permulaan 'gelombang wakil rakyat' mungkin terlalu awal, namun ia tidak mustahil.

"Setakat ini, mungkin terlalu awal untuk meramalkan akan ada lagi wakil rakyat BN yang akan melompat ke pembangkang kerana pada masa ini baru ada seorang wakil rakyat BN yang menyertai pembangkang.

"Jika ada yang kedua (menyertai pembangkang), mungkin itu boleh dikatakan permulaan 'gelombang wakil rakyat' selepas berlakunya 'gelombang rakyat' pada pilihan raya umum, Mac lalu," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Seorang lagi pakar Sains Politik iaitu Pensyarah Kanan Sains Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Ahmad Nizamuddin Sulaiman juga berpendapat, tindakan Nasarudin itu akan menarik wakil rakyat BN yang lain untuk mengikut jejak langkah beliau.

"Saya tidak menolak kemungkinan bahawa ia akan menjadi bola salji yang semakin lama semakin besar... semakin lama, semakin ramai pula yang akan bertindak demikian.

"Mungkin pada masa ini, ada yang sedang tunggu dan lihat dan tindakan ADUN Bota ini menyebabkan mereka semakin berani," katanya.

Beliau berkata, tindakan Nasarudin sebagai wakil rakyat Umno menyertai PKR sememangnya sesuatu yang mengejutkan memandangkan ahli-ahli Umno mempunyai disiplin yang kuat dan patuh kepada arahan parti.

"Walaupun beliau adalah ADUN, bukan ahli Parlimen tetapi tindakan beliau sebagai seorang pemimpin daripada Umno sememangnya mengejutkan.

"Kita tidak jangka 'lompat parti' ini akan berlaku di kalangan ahli Umno yang kuat disiplinnya dan sering mengikut arahan parti. Kita jangka mungkin wakil rakyat dari Sabah atau Sarawak," katanya.

Beliau berkata, tindakan Nasarudin itu bagaimanapun merupakan langkah 'selamat' kerana Perak kini diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Comments

Anonymous said…
dia lompat sebab gila kuasa. sebenarnya UMNO dalam proses penapisan di mana semua sampah-sampah akan di tapis dan yang tinggal adalah yang benar-benar qualiti dan hebat. penapisan pertama bermula pada 1998 bila anwar disingkirkan. lihat anwar ibrahim tak ubah macam yahudi, suka berbohong dan cakap berbelit-belit dan juga suka main belakang macam kaum yahudi, bila suruh sumpah tak berani pulak dan buat macam alasan. kalau UMNO dibawah pemerintahan anwar maka bungkuslah UMNO. yang masuk PAS atau PKR tu hanya ahli-ahli UMNO yang sampah aje, itu pun pakatan rakyat bukan main bangga lagi.
pemerhati sepi said…
Saya rasa saudara tak bernama diatas agaknya salah satu sampah UMNO pasal suka tabur fitnah dengan kesalahan orang lain yang yang tidak nyata..
mereka berilmu cakap dengan fakta.. penghijrahan ADUN atau ahli parlimen UMNO ke PKR, PAS atau DAP menunjukkan mereka tahu apa yang berlaku dalam UMNO dan mempunyai pengalaman yang begitu luas dalam politik tidak seperti saudara poyo yang cetek pengalaman.. Sebagai penyokong PAKATAN RAKYAT marilah kita bersama ber MUSAHABBAH diri bahawa ADUN dan ahli parlimen yang melompat parti ke PR adalah ikhlas dalam membangunkan negara bersama PR dan bukan kerana mereka sudah tiada kepentingan dalam United Malay Nation Organisation Stupid
Anonymous said…
Sampah d atas tu bila nak join PR?
He he he.