BERUCAP ATAS PENTAS PR KENA PECAT, KEMPEN BN NAIK PANGKAT ~ Ref Malaysiakini

Sudah menjadi kezaliman di Malaysia bahawa parti yang memerintah terkenal dengan sifat zalimnya. Hari ini kerajaan BN dan agensinya sekali menunjukkan kekuasaan mereka apabila memecat bekas Imam Masjid Wilayah, Ramlang Porigi.
Kesalahannya ialah berucap atas pentas PKR semasa PRK Permatang Pauh Ogos tahun lalu.
Persoalannya adakah Ramlang melakukan kesalahan semata-mata kerana bercakap benar. Beliau hanya menjelaskan yang beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah itu tetapi tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.

Ramlang tidak pula meminta pengundi supaya mengundi Anwar Ibrahim dan beliau juga tidak mencemuh BN. Adakah itu menjadi kesalahan.
Sedangkan setiap kali Pilihanraya Umum atau PRK, 'berlambak' kakitangan awam yang berkempen untuk BN, berceramah dan merayu undi untuk calon BN. Apakah itu tidak menjadi kesalahan?
Ketua Pengarah Jakim, Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu dipecat kerana "mencemarkan nama perkhidmatan awam" selepas terlibat dalam kempen Anwar pada 24 Ogos lalu.
Wan Mohamad yang juga bertindak sebagai pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan Nombor Satu Jakim, tindakan terhadap Ramlang dibuat mengikut Peraturan 38(g) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Comments

Anonymous said…
Penulis artikel, Syabas dengan tulisan dan komen spontan politik anda(agak aggresive mengikut kekerapan anda menulis) yang bertujuan memberi semangat kepada gelombang perubahan dunia politik Malaysia. Namun sebagai orang kuat Pas Melaka, dont think you re doing a good job to "convert" gerombolan UMNOs ke pakatan as you cant even keep PAS Melaka members from leaving PAS.
Cakap tak serupa bikin
Dari segi technical dan peraturan,Ramlang ada laku kan kesalahan. Tapi cuma Ramlang seorang sahaja yang di kenakan tindakan.
Manakala beribu-ribu lagi kaki tangan kerajaan tidak di kenakan tindakan walaupun bersalah.Tapi di puji, di beri naik pangkat dan malahan ada yang di recommend untuk dapat gelaran dan pingat dari Sultan.
" Selective punishment" di lakukan oleh umno.
Bukan kah ini budaya Zionist?