BN TERDESAK, MALUKAN MUKA PUJUK NASARUDDIN ~ Ref Malaysiakini

Umno/BN benar-benar terdesak terpaksa memalukan muka memujuk ADUN Bota, Nasaruddin Hashim supaya berpatah balik menyertai parti kotor dan mengotorkan Umno.
Memang Umno/BN tidak ada maruah memujuk orang yang sudah tidak sudi untuk bersekongkol melakukan maksiat rasuah dan lain-lain kejahatan.
Sepatutnya sebagai sebuah parti yang sering mendakwa mereka kuat dan gagah tidak perlulah memalukan muka memujuk orang yang sudah tidak sudi bersama-sama Umno. Cerita pujuk memujuk sama seperti suami yang merayu dan merintih supaya bini yang diceraikan kembali rujuk kepadanya. Suami yang sebegini tidak kisah, beliau akan lakukan apa sahaja supaya isteri mahu rujuk kembali hatta menggunakan 'Cina Buta' pun ia sanggup.
Begitulah dengan Umno/BN. Saya yakin sudah tentu Umno/BN akan menjanjikan apa sahaja asalkan Nasaruddin sudi kembali kepada Umno. Umno boleh janji apa sahaja kecuali bulan dan matahari.
Memang benar bahawa Umno begitu takut penyakit melompat parti menyertai PR kerana mereka tahu penyakit boleh berjangkit dan sangat merbahaya sehingga boleh membawa Umno maut.
Sebab itu Umno berusaha sedaya upaya untuk memujuk Nasaruddin.
Media internet semalam melaprokan bahawa Badan Perhubungan Umno Perak kini dalam usaha mengadakan perbincangan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim bagi memujuk agar beliau kembali ke pangkuan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Umno Perak, Datuk Ramly Zahary berkata, pihaknya telah berjaya mengadakan rundingan dengan Nasarudin bagi mengetahui punca sebenar beliau memutuskan untuk meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat.

Saya mengharapkan YB Nasaruddin tidak termakan dengan tawaran dan janji Umno/BN ini kerana semuanya hanya manis dimulut. Kalau mereka menangis pun, air mata mereka tidak boleh dipercayai kerana ianya adalah air mata buaya.

Comments