PAS KAWASAN BUKIT KATIL ADAKAN PROGRAM SOLAT SUNAT GERHANA ~ Ref Malaysiakini

Lajnah Tarbiah PAS Kawasan Bukit Katil mengadakan program solat sunat gerhana di surau Solok Gaong Ayer Molek petang tadi.

Solat tersebut dijalankan pada kira-kira jam 4.55 petang diimamkan oleh Ketua Urusan Ulama' PAS Kawasan, Ustaz Mohd Khairi. Kira-kira 60 orang penduduk setempat bersama-sama berjemaah menunaikan solat sunat tersebut.

Dalam khutbahnya selepas solat sunat tersebut, Ustaz Khairi menegaskan bahawa Allah menjadikan gerhana hari ini sebagainya peringatan kepada manusia, sepertimana dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W menegaskan Allah menjadikan gerhana untuk menakutkan manusia supaya kembali kepada Islam dan tunduk kepada Allah.

Gerhana ini bukannya semata-mata fenomena alam tetapi ianya ada hikmah dan sebab mengapa Allah menjadikannya. Manusia mesti berdoa kepada Allah sempena gerhana ini supaya kita semua menjadi hamba Allah yang taat dalam segala sesuatu yang kita lakukan.
Menurut Ustaz Khairi, manusia pada hari ini sudah jauh sesat agama yang akhirnya menyebabkan negara porak peranda, jenayah berleluasa, maksiat didepan mata, hukum Allah dihina dan macam-macam lagi.

"Kita mengharapkan kejadian gerhana ini dapat menyedarkan manusia supaya kembali kepada Islam sebelum terlambat".
"Tidak ada gunanya kita melihat gerhana jika kita tidak insaf dan bertaubat kepada Allah kerana Nabi bersabda antara lain kejadian gerhana ini adalah cara Allah untuk menakutkan manusia, jika manusia tidak takut maka tunggulah saat kehancurannya" tegas beliau yang juga seorang guru agama.



Comments