MELAKA MAJU : BANJIR TERUS MELANDA

Melaka dikatakan negeri maju tetapi malangnya isu asas seperti banjir pun tidak dapat diatasi. Walaupun kerajaan negeri melaung-laungkan Melaka telah maju dari semua segi tetapi tebrukti dakwaan itu hanyalah masuk bakul angkat sendiri.

Banjir yang melanda negeri Melaka khususnya di Asahan dan Alor Gajah gagal diatasi kerana sememangnya kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan konkrit untuk mengatasinya.

Bila rakyat dan Wakil Rakyat PR bertanya kepada kerajaan negeri jawapan yang diberi ialah tiada peruntukan dan dalam perancangan. Itu sahaja jawapan mereka.

Akhirnya rakyat terus menderita dan berada dalam keadaan trauma.

Saya sempat melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gangsa, Durian Tunggal. Antara masa banjir yang ditemui ialah Mamet Alang, 41 dari Taman Angkasa Nuri. Beliau telah tinggal di taman tersebut lebih dari 5 tahun berkata ini kali kedua kawasan itu dilanda banjir.

"Sudah 2 kali berlaku banjir, tetapi kerajaan negeri nampaknya tidak mengambil langkah yang berkesan, selepas 4 tahun banjir berlaku lagi"

"Banyak projk pembangunan dilaksanakan kerajaan negeru tetapi ianya membazir dan tidak memberikan manfaat kepada rakyat, sepatutnya peruntukan lebih besar mesti diperuntukkan untuk masalah banjir ini" ujar Mamer seorang pekerja swasta.

Comments

FZT said…
dah 53 tahun melaka dikuasai umno. umno bukan baiki longkang dan sistem perparitan tapi dia baiki dan bina peninggalan sejarah penjajah semoga merlimau dilimaukan pas. bulan pasti mengambang penuh di merlimau. jumpa di merlimau. islam pasti menang.
Unknown said…
yess... Islam parti menang.. tapi bukan parti yang memperalatkan Islam iaitu PAS.