BERILAH PELUANG PADA PENGUNDI POS BUAT PILIHAN TERBUKA

Saya menggesa SPR dan Kementeria Pertahanan memberikan peluang seluas-luasnya kepada pengundi Pos di DUN Bagan Pinang membuat pilihan terbuka pada 11 Oktober tanpa adanya desakan, ugutan, rasuah dan sebagainya.

Selain itu saya juga mengharapkan pengundi pos ini diberikan peluang untuk mendengar kempen dan membaca buletin, risalah dan apa juga bahan kempen parti-parti yang bertanding nanti.
Saya yakin itu yang dimahukan oleh pengundi pos bukannya mendengar kempen sebelah pihak iaitu dari menteri dan bos-bos mereka sahaja.
Diharapkan suatu pembaharuan drastik dapat dilakukan kali ini berbanding dengan peristiwa lama yang penuh dengan kontroversi dan dakwaan yang meloyakan.
Dalam posting terdahulu saya telah menyatakan keluhan dan dakwaan bekas-bekas anggota tentera tentang perilaku orang-orang tertentu yang melakukan penyelewengan terhadap undi pos sehingga memberikan kelebihan kepada parti-parti tertentu pada setiap kali pilihanraya.

Comments