SIAPA KATA SAMY DIBENCI RAKYAT?

"Saya yakin Samy Vellu masih disayangi oleh rakyat. Kalau tidak masakan beliau masih terus mendapat sokongan padu dari ahli MIC pada pemilihan parti itu baru-baru ini." kata salah seorang sahabat saya.
Itu pandangan sinis beliau bila diajukan soalan tentang Samy, Presiden parti paling lama yang masih tidak mahu turun dari 'takhta'nya. Beliau masih perasan yang rakyat sukakan beliau.
Cuma rakyat Parlimen Sungai Siput sahaja yang menolak beliau.
Signal yang ditunjukkan oleh rakyat Sungai Siput gagal dibaca oleh Samy sehingga beliau masih perasan rakyat sukakannya.
Dr Mahathir pun cemburu dengan beliau. Sehebat-hebat Dr Mahathir pun terpaksa turun dari 'takhta' namun Samy masih gagah. Rakan-rakannya seperti Ling Lion Sik, Lim Kheng Yaik dan Dr Mahathir sendiri sudah lama 'pencen'. Cuma beliau dan Taib Mahmud sahaja yang masih mahu terus menjadi pemimpin parti masing-masing.
Lebih hebat lagi Samy langsung tidak dicabar untuk jawatannya. Apa rahsia beliau tuan-tuan lebih tau.
Dr Mahathir pun cemburu dengan beliau sehingga menyarankan Samy Vellu supaya mengambil cuti daripada bertugas sebagai Presiden MIC selama 20 tahun dan bukannya dua bulan sahaja.

Dr. Mahathir berkata, Samy Vellu sepatutnya sudah tidak memegang jawatan itu lagi kerana sudah berada di situ selama 30 tahun.

Kata bekas Perdana Menteri itu, keengganan Samy Vellu melepaskan jawatannya itu hanya akan menimbulkan kebencian ramai orang.

Comments