PEMUDA MELAKA KECAM ALI RUSTAM

Kenyataan akhbar Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Khairul Che Salleh berhubung dengan kenyataan Ketua Menteri Melaka dalam Sinar Harian MNS2 28 Sept 2009.
Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka mengecam kenyataan Mohd Ali Rustam sebagai menangguk di air yg keruh ekoran daripada kenyataan Mursyidul Am PAS Tn Guru Nik Aziz Nik Mat terhadap Ibrahim Ali. Ekoran daripada kenyataan yang dibuat oleh Mohd Ali, adalah amat jelas sekali bahawa tuduhan itu hanya menonjolkan lagi kelemahan beliau sekaligus membuktikan UMNO memang berminat kepada pemimpin yang korup.
“ Soal pembangunan yang dinyatakan oleh Mohd Ali sebenarnya itulah yang bersifat retorik , apa makna pembangunan ketika disaat ini rakyat terpaksa berhadapan dengan tekanan perbelanjaan yang tinggi sehinggakan mengheret rakyat menjadi hamba dunia tanpa memikirkan kesejahteraan hidup bersama keluarga dan bermasyarakat dan saya hairan melihat disaat beliau memperlekeh kenyatan Mursyidul Am beliau seolah terlupa bahawa beliau sendiri memiliki kredibiliti yang teruk dengan isu rasuahnya , salah laku pengurusan pentadbiran serta terlampau banyak pembaziran dana kerajaan yang diperolehi dari rakyat untuk ‘projek’ yang’ diprojekkan’ oleh syarikat yang berkepentingan .
”Oleh yang demikian Pemuda PAS Melaka amat menyokong kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang menyifatkan "Tua apa salahnya, kalau muda pun hanya sampah apa guna?" dan sekaligus mengigatkan bahawa yang sepatutnya melepaskan jawatan bukan Tuan Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan sebaliknya beliau (Mohd Ali) yang mesti mengosongkan kerusi Ketua Menteri Melaka dengan segera bagi membolehkan kerajaan negeri ditadbir oleh orang yang lebih berintegriti .
Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka juga menasihatkan dan mencabar Ibrahim Ali supaya melepaskan segera jawatan Ahli Parlimen Pasir Mas berikutan sikap beliau yang menonjolkan berlawanan dari dasar-dasar yang telah galas oleh PAS dalam urustadbir kerajaan di Negeri Kelantan dan jika beliau merasakan beliau mampu membeli rakyat Pasir Mas dengan retorik pembangunan ayuh silakan untuk memasuki pentas Pilihan Raya bagi membolehkan rakyat menentukan yang mana ikhlas untuk mewakili rakyat.

Comments