ISU SELCAT : MENGAPA BISING-BISING

Isu tidak puashati dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) sedang hangat diperkatakan sekarang.
Bagi saya mudah sahaja. Sebarang isu yang melibatkan pentadbiran kerajaan negeri wajib diselesaikan secara musyawarah dalaman dan tidak perlu diperbesar-besarkan kepada umum atau media. Kerajaan mempunyai medium dan cara sendiri bagi menyelesaikannya.
Jika ianya tidak dapat diselesaikan di peringkat pentadbiran kerajaan negeri ia seharusnya dirujuk kepada pimpinan atasan parti untuk diselesaikan. Tidak perlulah kita rumitkan keadaan.

Lebih buangkan masa kita untuk tegakkan keadilan dan kebajikan kepada rakyat. Lebih banyak kerja lain yang seharusnya kita jalankan bukannya bazirkan masa untuk perkara-perkara sedemikian. Kita semua sudah besar panjang dan matang berpolitik.

Comments

Hasbullah Pit said…
Yang merumitkan itu ialah media BN.

Tapi ada pula media alternatif pro Pakatan yang tambah perisa.
abulwafi said…
Salam,

Malangnya ada pimpinan PAS sendiri(Khalid Samad) yang buat bising, bagi saya buruk benar perangai si Khalid ni, suka tembak kawan-kawan sejamaah dikhalayak ramai, sepatutnya gunakan saluran jamaah....budaya ini semakin merebak dalam PAS, hentam, kutuk, dan balun sesama pimpinan, mengapa pimpinan PAS semakin tidak berakhlak ? jangan sampai orag PAS sendiri naik muak......atau jangan sampai ahli-ahli bagi penumbuk kat muka pimpinan PAS sudahlah....
Anonymous said…
YB Khalid Samad tu cakap benar dan adil. Hanya lidah cabang dan perosak PR macam Hassan Ali kena diteguh. Hassan lindungi perasuah dan penyeleweng Umno Dan BN. Selcat buat tanggung jawab dgn begitu amanah, telus. Saya Malu PAS masih nak bela Pengacau Hassan Ali. Saya tidak akan undi Hassan ali lagi dlm PRU13.
Anonymous said…
Ni lum memerintah negara lagik nih...
Islam xleh bangkit dgn ngungi la...
Wat la dakwah dulu...
Dakwah perkara Iman, Amal, Haq dgn Sabar...(ruj Al-Asr)
Allah akan bagi kerajaan...(ruj An-Nur, 55)

~mokhtar~
Anonymous said…
Ni lum memerintah negara lagik nih...
Islam xleh bangkit dgn ngundi la...

Kaedah demokrasi xpnah ada dalam Al-Quran dan SUnnah...

Wat la dakwah dulu...
Dakwah perkara Iman, Amal, Haq dgn Sabar...(ruj Al-Asr)
Allah akan bagi kerajaan...(ruj An-Nur, 55)

~mokhtar~
Anonymous said…
saya ahli pas selangor yg aktif.
majority ahli di selangor sudah hilang hormat pada dr hassan tetapi pimpinan pusat buat tak endah saja.
Dr hassan telah telah melantik hampir semua peminat dia jadi exco negeri, kebanyakan ydp pulak main angguk angguk, bila dtg mesyuarat kawasan kena tegur angguk angguk jugak.
enath apa nak jadi tapa yg jelas cawangan di selangor sudah tidak bergerak,fokus hanya pada jkkk,masjid,PBT dan menyelaras dun.
dr haasan bukan perjuang kan parti.cuma yg support dia yg ada jawatan.

saya dah email pada ramai pimpinan pusat tapi depa buat tak endah saja sebab pres,tim.pres,ust tuan ibrahim dan KP semua dah termakan dgn dr hassan.

ini ada fakta.
Anonymous said…
TERUSKAN PERJUANGANMU HASSAN ALI...KAMI SENTIASA MENYOKONG KAMU..BUKAN DALAM BN SAHAJA YANG RAMAI PENCACAI DAN PENGAMPU..DALAM PR JUGA RAMAI MANUSIA2 MACAMTU...APA GUNA KITA BERKUASA KALAU KITA X BOLEH BERSUARA...UNTUK DAP..INGAT..TAHAP KESABARAN KAMI ADA BATASNYA...UNTUK PEMIMPIN2 PAS MACAM KHALID SAMAD..MUHASABAH DIRI...KALO YE PUN INGIN BERKUASA..JANGAN JATUHKAN MARUAH DAN MARTABAT ISLAM PADA BANGSA LAIN..