BAGAN PINANG : ISA SAMAD DIPILIH, BUKTI UMNO/BN HALALKAN RASUAH

Terbukti rasuah bukan satu kesalahan bagi Umno. Sebab itulah seorang perasuah seperti Isa Samad dipilih sebagai bakal calon BN DUN Bagan Pinang.
Ini mengukuhkan lagi sifat dan prinsip Umno bahawa rasuah dibenarkan dan ianya bukan satu kesalahan jenayah sebagaimana Umno membiarkan Ali Rustam terus menjadi Ketua Menteri Melaka walaupun beliau jelas terbabit dengan rasuah.
Pemilihan Isa Samad cukup memualkan rakyat dan ini membuktikan bahawa Umno/BN tidak serius menangani rasuah.
Pekung dan kebobrokan Umno/BN semakin meloyakan rakyat dan tidak mustahil rakyat akan menolak Umno/BN secara total. Walaupun Umno/BN mungkin menang di Bagan Pinang dengan undi pos namun secara keseluruhan rakyat Malaysia khasnya di Semenanjung semakin meluat dan benci dengan sikap pemimpin Umno/BN yang menghalalkan rasuah.
Umno/BN seolah-olah tidak mempunyai calon lain yang lebih bersih dan berintegriti. Atau mungkinkah semua pemimpin Umno terbabit dengan rasuah sehingga tiada yang bersih dan suci lagi.
Isa Samad pernah digantung keahliannya dari Umno kerana terlibat dengan rasuah pada pemilihan Umno beberapa tahun lepas. Namun selepas itu hukumannya dipendekkan dan beliau kembali memenangi jawatan Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang tanpa bertanding tahun lepas.

Sebagai rakyat Malaysia saya berasa malu dan sedih dengan pemilihan Isa Samad ini kerana dunia luar melihat seolah-olah parti kerajaan yang memerintah sekarang menghalalkan rasuah.

Comments