ZUL CALON PAS BAGAN PINANG

Kalau di Permatang Pasir PAS memilih Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang bertanding di sana, kemungkinan besar PAS juga akan berbuat demikian dengan memilih Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkiply Mohd Omar bertanding di Bagan Pinang.
Zul (panggilan mesra) bagi PJ Negeri Sembilan memang dikenali ramai oleh rakyat negeri tersebut bukan sahaja di kalangan kaum Melayu malah lain-lain kaum pun turut sama merasai nikmat kepimpinannya yang sentiasa mengambil tahu permasalahan rakyat.
Isu Broga, Bukit Pelanduk dan lain-lain isu masyarakat menjadi agenda perjuangan sejak dari mula-mula memimpin PAS Negeri Sembilan bermula sebagai aktivis pemuda sehingga sekarang.
Tidak hairanlah kalau PAS memilih beliau menjadi calon Bagan Pinang. Memang kena pada tempatnya. Namun calon lain seperti YDP Kawasan Telok Kemang, Ramli Ismail juga mempunyai kelayakan yang setanding dengan Zul. Buktinya jelas Ramli berjaya mengurangkan majoriti BN dari 4,00o lebih pada PRU 2004 kepada 2,000 lebih sahaja pada PRU 2008 lalu.
Apa yang penting calon PAS sudah pasti bersih, berpengalaman, berakhlaq dan diterima semua kaum.

Comments