Demi untuk menyelamatkan Umno/BN dari kalah buat kali kelapan berturut-turut di Semenanjung Najib/Muhyiddin terpaksa akur dengan kehendak ahli Umno akar umbi Bagan Pinang yang berkeras mahu Isa menjadi calon BN.
Akhirnya Najib/Muhyiddin terpaksa memejamkan mata mereka terhadap kes rasuah Isa Samad walaupun satu dunia telah kenal siapa Isa sebenarnya.
Akibat takut kalah Umno/BN terpaksa menggadai maruah mereka yang sememangnya sudah lama tergadai akibat rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, skandal dan lain-lain.
Pemilihan Isa Samad sebagai calon Bagan Pinang sudah tentu amat mengembirakan Ketua Menteri Melaka kerana Umno/BN seolah-olah meredhai rasuah dan membiarkan seorang pengamal rasuah mewakili Umno/BN. Jadi apa salahnya kalau Ali menuntut beliau terus dikekalkan sebagai Ketua Menteri Melaka.
Pemilihan Isa ini sebenarnya memberikan impak yang besar kepada imej Malaysia dan Najib sendiri. Kalau sebelum ini Najib beriya-iya ingin meneruskan retorik Pak Lah membasmi rasuah kini semua itu hanya omongan kosong.
Dunia luar sedang memerhatikan negara dan pemimpin kita samada benar-benar komited membenteras rasuah atau sekadar beretorik dan menanam tebu di bibir mulut.
Bagi saya Najib masih mempunyai masa untuk menarik balik pencalonan Isa jika benar Najib mahu membersihkan imej Malaysia dan dirinya sendiri dari palitan rasuah.
Comments