ISLAM HADHARI DAN 1MALAYSIA ADA PERSAMAAN?

Memang Islam Hadhari dan 1Malaysia banyak persamaan. Ini kerana selepas 1Malaysia diperkenalkan kita melihat tiada perubahan besar yang dilakukan oleh Najib semuanya dasar dan stail pemerintahan Pak Lah hatta Dr Mahathir dikekalkan walaupun terbukti lemah dan merugikan negara.
ISA, OSA, AUKU, diskriminasi kepada negeri-negeri PR, amalan Rasuah, amalan Riba, amalan Judi, Maksiat, Penyalahgunaan kuasa, pendakwaan terpilih dan sebagainya semuanya masa sama dan dikekalkan malah ada yang lebih buruk daripada zaman Pak Lah dan Mahathir.
Jadi memang betul apa yang dijawab oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Jamal Khir Baharom bahawa Islam Hadhari dan 1Malaysia ada persamaan. Bagi saya bukan setakat ada persamaan tetapi memang ia sama sahaja iaitu setakat slogan dan retorik kosong.

Comments

Anonymous said…
APA YANG ELOK UNTUK ISLAM KITA IKUT AJELA...X KISAH LA APA PUN DIA PUNYA SLOGAN...
JANGANLA NAK BESAR2KAN PERKARA YANG BOLEH MEMECAHBELAH UMAT ISLAM...KALO SESUATU MEMBAWA KEPADA KEBAIKAN UMAT APALA SALAHNYA KITA MENGIKUTNYA..JANGAN KERANA ISTILAH ITU DATANG DARI PARTI YANG BUKAN PARTI KITA MAKA KITA TOLAK BULAT2 SAJE BENDE TU..GUNALA AKAL YANG RASIONAL...WAHAI SOFI...KITA MANUSIA..SEBAGAI SEORANG ISLAM SEPATUTNYA AWAK MENULIS MENGGUNAKAN AKAL YANG RASIONAL BUKAN EMOSIONAL...SEBENARNYA SAYA DAH X SANGGUP LAGI TENGOK PERPECAHAN DALAM MASYARAKAT MELAYU ISLAM..CUKUP-CUKUPLA...

SEKIAN..
PENGUNDI PAS KG LANEH