PRK MANEK URAI : UMNO PATUT KAJI SEMULA HASRAT UNTUK BERTANDING

Selepas hampir seminggu PAS mengumumkan nama calonnya, Haji Fauzi Abdullah (Abe Uji) sokongan kepada PAS semakin meningkat. Hasil kajian beberapa pihak termasuk sumber dalaman Umno kita melihat lonjakan jelas tentang sokongan rakyat kepada PAS.
Lonjakan ini juga didorong oleh isu-isu nasional yang jelas memihak kepada PAS. Antara isu nasional yang dilihat memberikan kelebihan kepada PAS ialah isu penipuan kerajaan pusat kepada rakyat Kelantan dalam isu minyak dan gas di mana dinyatakan bahawa Kelantan tidak mempunyai minyak dan gas maka negeri itu tidak layak mendapat royalti.
Isu nasional kedua ialah isu PPSMI yang cukup dirasakan di Manek Urai yang rata-rata pelajar-pelajar luar bandar amat lemah untuk menguasai subjek Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

Selain itu isu ekonomi juga memberi sedikit kesan kepada rakyat di Manek Urai kerana isu ini berhubungkait dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Rata-rata rakyat yang ditemui menyalahkan kerajaan BN Pusat yang gagal memulihkan ekonomi dan harga barangan.
Isu-isu lain seperti isu keselamatan, kedegilan BN tidak mahu menerima Islam, isu diskriminasi kerajaan pusat kepada kerajaan Kelantan, isu rasuah dalam Umno, ISA, isu mewajibkan kelulusan Bahasa Inggeris, isu menghadkan 10 subjek untuk SPM, isu menggalakkan maksiat dan lain-lain juga memberikan kelebihan kepada PAS kerana rakyat Manek Urai melihat BN gagal mengatasi dan menyelesaikan isu ini dengan baik.
Sementara itu para pemerhati politik bersetuju bahawa isu tempatan dan isu calon sebenarnya memainkan peranan penting dalam menentukan keputusan Pilihanraya Kecil Manek Urai ini.
Sebab itulah mereka berpendapat PAS berada agak jauh didepan selepas nama kedua-dua calon PAS dan BN diumumkan. Terbukti penerimaan rakyat terbanyak kepada calon PAS, Abe Uji jauh meninggalkan Tuan Aziz Tuan Mat yang dilihat tidak diterima oleh rakyat.
Rakyat Manek Urai sebenarnya memang cerewet dalam memilih calon di mana menurut rekod hanya calon-calon yang mesra rakyat, jerih payah bersama rakyat, pemurah, mudah didekati dan sebagainya sahaja yang disokong oleh mereka.
Dalam hal ini ramai pemerhati politik berpendapat BN wajar MENARIK DIRI dari bertanding di DUN Manek Urai jika sekiranya takut koleksi kekalahan melebar kepada 6 kali selepas PRU 2008 yang lalu. Jika BN berdegil ingin berlawan juga makan BN perlu menggali kuburnya dari sekarang untuk ditanam di mana-mana tanah perkuburan di Manek Urai.

Comments

dariana said…
aku kat lagu tu jugak. umno takyah bertanding kat MU macam kat Penanti. tapi si najib akan rasa bahlol benar kalu tak masuk gelanggang wat kali kedua. apapun kita mahu abang uji dapat skor macam perolehan paksu weil. Mu menang lagi! insya Allah. Allahu Akbar!!!