KESAL KERAJAAN NEGERI TIDAK SENSITIF BANTAHAN RAKYAT

Jasin : Di sebalik bantahan demi bantahan yang dilakukan oleh penduduk setempat, kerajaan nampaknya terus membenarkan pembinaan taman peringatan (jirat Cina) di Kampung Pondok Kempas, Bemban dekat sini.

Kawasan pembinaan merupakan kampung tradisional Melayu yang didiami oleh 100 % orang Melayu sememangnya tidak sesuai untuk didirikan tapak jirat cina. Tidak ada sebuah pun rumah orang Cina di sekitar kawasan berkenaan. Rumah atau pekan Cina berhampiran hanya kira-kira 2 kilometer dari tapak berkenaan.

Tapak pembinaan berkenaan terlalu hampir dengan rumah penduduk Melayu yang dianggarkan tidak lebih dari 50 meter. Ahli badan perhubungan PAS Negeri, Imran Abdul Rahman kesal dengan tindakan kerajaan negeri Melaka yang langsung tidak sensitif dengan bantahan penduduk setempat.

"Masalahnya kenapa tapak berkenaan tetap diluluskan oleh kerajaan negeri di bawah Ketua Menteri YAB Datuk Seri Muhd. Ali Rustam? Adakah beliau tidak menyedari sensitiviti orang Melayu dalam hal ini kerana tapak pembinaan jirat Cina ini sangat hampir dengan rumah penduduk di kampung?"

"Adakah kerajaan negeri tidak ada tapak lain yang lebih sesuai selain di situ? Adakah ini yang dikatakan idea 1Malaysia?" kata Ustaz Imran.

"Membina kawasan jirat Cina di kawasan penempatan Melayu! Adakah Ali Rustam juga boleh meluluskan tapak perkuburan untuk orang Melayu beragama Islam di kawasan penempatan penduduk Cina seperti di Banda Hilir, Ayer Keroh atau di tengah-tengah Bandaraya Melaka?" soal Imran

Imran berkata penduduk bukan menentang kawasan khas untuk jirat orang Cina tetapi tempat yang dipilih adalah sangat tidak sesuai memandangkan kawasan terbabit didiami oleh 100 % orang Melayu. "Mungkin inilah balasan kepada pengundi dan penyokong Umno di kawasan berkenaan yang dulu kini dan selamanya serta selamat,aman makmur bersama Umno" ujar Imran.

Sumber : Blog Angkasa Nuri


Comments

Anonymous said…
Satu Malaysia 13 negeri jadi 14 macam datuk tiap-tiap tahun. Terlampau murah nilai 'datuk' benggali main wayang pun diberikan,
jika diberi kepada benggali kereta lembu Melaka pun ada faedahnya.