PRK MANEK URAI : ISU PERPADUAN DAN ISU UMNO KOMUNIS JADI WIRID KEMPEN

Nampaknya Umno/BN terus memainkan isu kerajaan perpaduan dan isu tuduhan Umno sama dengan komunis dalam kempen-kempen mereka di Manek Urai setakat ini.
Semalam Timbalan Perdana Menteri (yang menghina calon PAS) berkata tindakan Pas kembali mengkafirkan UMNO hanya suatu cubaan mengalih pandangan umat Islam terhadap pembohongan mereka yang mengorbankan prinsip perpaduan ummah.

Muhyiddin Yassin berkata, dalam landskap politik yang sudah berubah, penolakan mereka terhadap gagasan perpaduan seakan-akan rela membiarkan masa depan orang Melayu dan umat Islam keseluruhan dalam keadaan membimbangkan.
Isu mengkafirkan Umno sengaja dimainkan oleh Umno/BN di Manek Urai kerana mereka sudah tiada isu lain untuk dibangkitkan. Terpaksa isu lama yang di'recycle' semula digunakan untuk mengabui mata rakyat.
Kalau itu niat Muhyiddin (bangkit semula isu kafir mengkafir) saya yakin beliau sudah tersilap tempat dan masa. Pengundi Manek Urai bukannya pengundi di tempat lain, isu ini sudah masak di dalam kefahaman politik mereka apatah lagi sebahagian besar mereka mempunyai pengetahuan agama yang baik kerana di kawasan sekitarnya banyak pondok-pondok dan kelas pengajian agama. Rakyat Manek Urai sudah faham secara jelas tentang isu ini.
Isu kerajaan perpaduan juga telah dijelaskan secara terperinci oleh pemimpin PAS. Mengapa PAS tidak mahu bersama Umno yang menolak Islam, menzalimi rakyat, cinta kepada rasuah, sayang kepada penyalahgunaan kuasa, mengamalkan kronisme, mendiskriminasi rakyat negeri PR dan lain-lain.
Rakyat Manek Urai juga tidak lupa kepada kebongkakan dan kesombongan BN/Umno yang menendang keluar PAS dari kerajaan BN pada 1977 sehingga akhirnya PAS tinggal 2 kerusi sahaja pada Pilihanraya Umum 1978. Salah satu kerusi itu ialah Manek Urai sendiri.
Jadi tidak perlulah Muhyiddin cuba memperbodoh-bodohkan pengundi di Manek Urai takut-takut nanti Muhyiddin sendiri yang dilihat rakyat sebagai tidak cerdik.

Comments