DEBAT TOK GURU-NAJIB : KALAU TAKUT KATAKAN TAKUT

Seperti diduga Najib tidak akan berani untuk berdebat dengan Mursyidul Am PAS dalam isu-isu yang berkaitan dengan politik Islam dan tuduhan Tuan Guru bahawa Umno sesat umpama komunis.
Bagi saya jika Najib seorang negarawan dan pecinta kebenaran sudah tentu beliau sanggup dan gembira untuk berdebat di hadapan rakyat untuk menegakkan kebenaran.
Malangnya pemimpin kerajaan BN semuanya berfikiran kolot dan penakut tidak seperti pemimpin di negara maju yang sanggup berdebat di mana sahaja atas apa juga tajuk di hadapan rakyat bagi menegakkan kebenaran.
Budaya debat atau diskusi ini merupakan budaya yang baik yang diamalkan di negara maju malah mereka memberikan peluang kepada rakyat dan para cendikiawan menyoal pada pendebat.
Di Indonesia umpamanya, mereka jauh terkehadapan apabila dalam kempen pilihanraya semua calon diberi peluang untuk berdebat di khalayak ramai dan disiarkan secara langsung oleh media. Namun perkara mustahil berlaku di Malaysia.
Bagi saya mudah sahaja, kalau Najib takut untuk berdebat katakan takut, tidak perlu mencari seribu alasan dan berselindung di sebalik budak-budak suruhannya serta NGO untuk memberikan alasan mengapa Najib takut untuk berdebat.

Comments

Anonymous said…
najib kena tanyan tun m dulu,,
dari dulu memang dah takut
Anonymous said…
AKU SYORKAN TOK GURU DEBAT NGAN LIM KIT SIANG DAN KARPAL PASAL HUDUD...ADA BERANI KE?

BODOH BAHALUL PUNYA PENYOKONG PAS...DENGAN MELAYU SENDIRI KORANG NAK BERDEBAT...APA YANG KORANG DAPAT...MELAINKAN PERPECAHAN..PERPECAHAN...DUNIA DAH NAK AKHIR ZAMAN...ISLAM SAMA ISLAM DI ANGGAP MUSUH...TAPI MUSUH ISLAM DI ANGGAP KAWAN...
INILA DI KATA DAJJAL ZAMAN MODEN...SETAN BERTOPENGKAN MANUSIA..
KALO DIPANJANGKAN UMOR AKU NAK TENGOK PAS DISEPAK MACAM ANJING KURAP OLEH DAP DENGAN ANWAR...KALO KORANG X KENA TENDANG PUN KORANG MASIH LAGI DUDUK DALAM PR...TAPI BUKAN SEBAGAI HERO...TTAPI SEBAGAI BUDAK LEMBAP DAN BODOH YANG SENANG DI KUDAKAN....
Anonymous said…
woi mangkuk anon 12.33...statement ko ni mcm nk mempecah belahkan pr jer....woi musibat,ap ko ingat bn bgs sgt ke??...kalau bgs xdnye ad parti komponen kluar bn....weh ape salahnye debat, mat monggul kn hebat...kalau dh penakut x yah lah bg byk alasan weh