PRK MANEK URAI : JELAS PENDIRIAN PENGUNDI MANEK URAI TIDAK BERUBAH

Berita terbaru yang diterima dari 'Special Branch' saya yang berkampung di Manek Urai menyatakan bahawa pendirian politik pengundi Manek Urai tidak berubah sehingga ke saat ini. Namun tidak diketahui apa akan berlaku 13 hari lagi iaitu sehingga ke hari pengundian pada 14 Julai.
"Sehingga ke hari ini rata-rata pengundi PAS tetap bersama PAS dan pengundi Umno masih bersama-sama Umno".
"Namun begitu sebelum Allahyarham Pak Su Wil meninggal dulu memang ramai pengundi Umno yang menyertai PAS secara terang-terangan dan diam-diam" lapor beliau.
Dari tinjauan beliau PAS masih berada di depan berdasarkan sumber yang dipercayai serta laporan dari dalaman Umno sendiri.
Tidak syak lagi PAS mesti bekerja lebih kuat untuk mempertahankan momentum ini sehingga ke hari terakhir kempen.
Selain itu hujah beliau ini diperkukuhkan dengan keputusan kajiselidik pihak bebas yang dijalankan beberapa lepas seperti yang dilaporkan oleh laman Malaysiabaru.

Comments

Anonymous said…
Betul ke dato kadar shah ada senjata api haram

Betul ke dato kadar shah ada senjata api haram?

dalam rompakan di rumahnya, 4 laras pistol telah hilang.

dalam undang2 malaysia, seorang individu hanya boleh ada lesen untuk 1 laras senjata api sahaja,

http://rakyatkelantan.blogspot.com/